berita terkini palestin


RIBUAN RAKYAT BERARAK DI ISTANBUL SEBAGAI BANTAHAN TERHADAP PENGUASAAN ISRAEL KE ATAS MASJID AL-AQSA

Imej


31 Julai 2017 - ISTANBUL (Reuters) - Ribuan orang berarak di bandar besar Turki pada Ahad yang lalu untuk memprotes tindakan Zionis Yahudi yang mengenakan peraturan di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, sebaik sahaja tindakan Zionis Yahudi yang membawa kepada bantahan rakyat dua minggu lalu.
Perarakan di Istanbul dipanggil "Mesyuarat Terbesar Baitulmaqdis"dan dianjurkan oleh Parti Saadet Turki, menunjukkan seramai lebih kurang lima ribu orang awam menuju ke padang perarakan Yenikapi di Sellatan Istanbul.

Peserta perarakan hadir dengan menaiki bas dan fari daripada setiap bandar, mengibarkan bendera Palestin dan Turki dan mengangkat poster di bahagian hadapan pentas yang tertumpu kepada pengerusi Parti Saadet serta wakil-wakil NGO yang lain.
"Masjid Al-Aqsa adalah maruah kita!"menurut poster yang dinaikkan.

Sumber: Sumber: Reuters   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
 |  
 |