berita terkini palestin


Pendatang Haram Israel Memasukki Masjid Al-Aqsa

Imej


5 Januari 2017 - Berpuluh-puluh pendatang haram Israel menyerbu untuk memasukki Masjid al-Aqsa dengan kehadiran mereka dikawal ketat oleh pasukan polis Israel.

Menurut Quds Press, pasukan polis Israel yang bersenjata telah dikerahkan dengan jumlah yang besar di dalam kawasan suci umat Islam untuk membuka jalan bagi memberi laluan masuk pendatang haram israel melalui pintu al-Maghariba.

Menurut agensi lagi, seramai 24 pendatang haram Israel dan 17 anggota Perkhidmatan Perisikan Israel telah memecah masuk ke Masjid pagi ini dalam usaha provokasi kepada umat islam khususnya rakyat Palestin yang berada sekitar Baitulmaqdis.

Sumber: http://english.pnn.ps/2017/01/03/extremist-settlers-enter-al-aqsa-mosque-yards/   |   Terjemahan: Mohd Salmi (Sukarelawan AP)
 |  
 |