berita terkini palestin


Nelayan Gaza Hilang Selepas Tentera Laut Israel Menenggelamkan Bot

Imej


5 Januari 2017 - Tentera laut Israel telah menyerang nelayan Palestin dan bot mereka pada petang Rabu di luar pantai utara Semenanjung Gaza.

Menurut Pusat Maklumat Palestin (PIC), bot nelayan tenggelam selepas serangan dan nelayan yang berada di atas bot tersebut hilang dari penglihatan.

Kejadian itu berlaku apabila sebuah kapal perang Israel membanjiri perahu nelayan terbabit menggunakan meriam air. sehingga kini masih tiada maklumat mengenai apa yang berlaku kepada nelayan terbabit.

Setelah bot terbabit tenggelam, tentera laut Israel menyerang nelayan lain dan bot mereka dengan menembak suar dan peluru hidup kearah mereka ketika berada di luar pantai al-Sudaniya dan kawasan al-Waha dan memaksa mereka untuk kembali ke darat.

Sumber tempatan mengesahkan bahawa nelayan bekerja dalam zon memancing yang dibenarkan, dan menyifatkan serangan itu sebagai tidak wajar.

Kapal tentera Israel berada di sekeliling nelayan Gaza setiap hari, mengganggu mereka, menembak mereka, merosakkan bot mereka, dan membuat tangkapan. Kadang-kadang terdapat nelayan cedera atau terbunuh dalam serangan tembakan.

Di bawah perjanjian Oslo 1993, nelayan Palestin dibenarkan menangkap ikan sehingga 20 batu nautika di luar pantai Gaza. Namun bagaimanapun, dalam tempoh 18 tahun yang lalu, Israel telah mengurangkan kawasan perikanan secara beransur-ansur kepada had tiga batu nautika sebagai sebahagian daripada sekatan ke atas Gaza.

Nelayan dan kumpulan hak asasi manusia mengatakan bahawa, sejak perang 2008-09 di Gaza, tentera Israel kerap menguatkuasakan had yang lebih dekat ke pantai.

Sumber: https://english.palinfo.com/6276   |   Terjemahan: Mohd Salmi (Sukarelawan AP)
 |  
 |