berita terkini palestin


Polis Israel Menahan 20 Rakyat Palestin Di Shufa'at

Imej


5 Januari 2017 - Lebih daripada 20 rakyat Palestin ditahan dalam satu serbuan polis Israel di kem pelarian Shu'fat di timur laut Baitulmuqaddis pada petang Rabu.

Jurucakap pergerakan Fatah di Shu'fat, Thaer al-Fasfoos berkata, berpuluh-puluh anggota polis Israel cuba untuk memecah masuk ke dalam perkemahan, tetapi pemuda Palestin berhadapan mereka sehingga membawa kepada tercetusnya pertempuran antara kedua-dua pihak.

Al-Fasfoos berkata kepada agensi berita Quds Press bahawa anggota polis Israel melepaskan bom gas berhampiran dengan rumah-rumah yang menyebabkan lemas di kalangan rakyat yang dirawat di tempat kejadian.

Beliau menambah bahawa pegawai polis Israel memeriksa kad pengenalan orang-orang muda dan orang yang lalu lalang di kem sebelum mereka ditahan kira-kira seramai 20 orang dan membawa tahanan tersebut ke pusat pemeriksaan tentera berhampiran.

Sementara itu, pertempuran lain tercetus antara pemuda Palestin dan polis Israel di bandar Hizma timur laut Jerusalem, di mana tentera Israel melepaskan bom bunyi dan peluru getah kearah pemuda terbabit.

Sumber: http://english.palinfo.com/6265   |   Terjemahan: Mohd Salmi (Sukarelawan AP)
 |  
 |