berita terkini palestin


Raja Salman Isytihar Damai Dengan Ikhwanul Dan Usir Duta Rusia Tanda Sokongan Ke Atas Aleppo

Imej


17 Disember 2016 - Menurut sumber Kerajaan Arab Saudi mengesahkan bahawa Raja Salman bin Abdul Aziz telah mengeluarkan kenyataan rasminya untuk berdamai dengan Ikhwanul Muslimin dan mengangkat pengharaman keberadaan mereka di jajahan Kerajaan Arab Saudi, di mana Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan dua tahun lalu bahawa Ikhwanul Muslimin adalah kumpulan pengganas, demikian menurut sumber yang disahkan benar.

Perkara ini juga telah dihebahkan oleh salah seorang koresponden Mesir, Mohammed Nasser di saluran satelit, "Raja Salman telah meluluskan untuk memadam nama Ikhwan di dalam senarai pengganas selepas rejim Syria mengumumkan menawan kota Aleppo dan membunuh lebih daripada 1,000 warga Syria dalam sehari, mencederakan ribuan yang lain, mengalau keluar lebih daripada 50 ribu orang dan dalam masa yang sama mengumumkan pengusiran duta Rusia dari negaranya kerana bersekongkol dalam pengeboman orang awam di Syria.

Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Saudi yang dipengerusikan sendiri oleh Raja Salman bin Abdul Aziz Al Saud, sebulan suara menyatakan bahawa keselamatan dan keamanan yang mengancam ribuan rakyat Syria perlu mendapat pembelaan dan jenayah ini perlu dihentikan.

Sumber: Nabdolhoria   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
 |  
 |