berita terkini palestin


Kanak-Kanak Aleppo... Kelaparan Dan Ketakutan

Imej


15 Disember 2016 - Dalam umur-umur sebegini, tidur dalam keadaan lapar sepatutnya tidak berlaku... namun ia lebih baik daripada berjaga tetapi sentiasa dalam keadaan ketakutan mendengar dentuman bom dan bedilan diluar rumah bagi anak-anak Aleppo. Kelaparan dan ketakutan sudah terlalu sinonim, dua perkataan yang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan harian anak-anak Aleppo dan di semua kawasan kejiranan yang sedang terkepung. Lebih menyedihkah dan jauh lebih teruk dan menyakitkan adalah anak-anak ini tidak memahami dan belum lagi memahami kenapa dan mengapa mereka perlu mengalami suasana ini kerana ia bukan dosa mereka.

Leila, ibu kepada tiga orang anak, suaminya meniggal dunia akibat serangan bom dikawasan kejiranan yang dilaluinya ketika hendak pulang ke rumahnya di Aleppo Timur. Beliau terpaksa berpindah randah dari satu rumah ke satu rumah kosong setelah rumahnya musnah dibedil, lebih menyedihkan Leila terpaksa melarikan diri bersama tiga anaknya jauh ke dalam kawasan Aleppo Timur ketika militia rejim Bashar mula memasuki kawasan kejiranananya.

Namun ada yang lebih menyayat hati, ketika Leila dan anak-anaknya menyelamatkan diri jauh ke dalam Aleppo, suasana lebih menyedihkan, mayat bergelimpangan dibahu-bahu jalan, tidak boleh digambarkan lagi keadaan itu, apatah lagi yang terkorban adalah kanak-kanak dan wanita.

Setelah tiba dikawasan yang hampir "selamat", Leila mencari tempat berteduh, tetapi yang tinggal hanyalah sebuah bilik bawah tanah namun alangkah terkejut apabila dilihatnya berpuluh-puluh wanita dan kanak-kanak sudah berada disitu melarikan diri setelah kawasan mereka dijarah rejim Bashar.

"Saya bersama anak-anak hidup dibilik bawah tanah sekadar syarat untuk menyelamatkan diri, makan minum kami apa yang ada, hampir sepanjang hari anak-anak tidur dalam keadaan lapar, bilik bawah tanah ini sahaja tempat berlindung kami dari ancaman serangan setiap masa, apabila letupan kuat anak-anak akan terjaga, menjerit ketakutan dan menangis".

Ini adalah antara kisah kehidupan anak-anak di Aleppo dan alhamdulillah anak-anak Leila masih mempunyai ibu yang mereka boleh bergantung dan berkasih sayang, salah sebuah pusat jagaan anak yatim di Aleppo ini, "Mumaiizun" menempatkan 47 kanak-kanak tanpa ibu ayah. Walaupun mereka dijaga namun kehidupan mereka tetap sukar dan berhadapan dengan bahaya serangan membunuh yang tidak mengira masa dan keadaan.

Sumber: Aljazeera   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
 |  
 |