berita terkini palestin


Pemindahan Rakyat Aleppo DItunda

Imej


15 Disember 2016 - PARIS - Menteri Luar Negeri Prancis, Jean-Marc Ayrault meminta PBB memantau proses pemindahan rakyat awam dan penentang rejim di Aleppo Timur. Pemindahan ini merupakan sebahagian dari rundingan antara pihak rejim dan penentangnya.

Ayrault berkata, proses pemindahan itu perlu dipantau secara dekat, agar ia dapat berjalan dengan lancar. Dia mengharapkan PBB sebagai pihak yang menantau proses pemindahan tersebut.

"Perancis mahukan pemerhati PBB berada di lokasi dan organisasi kemanusiaan seperti Palang Merah mesti campur tangan di sana," kata Ayrault dalam kenyataannyaā€¯.

PBB sendiri sebelumnya mengeluarkan kenyataan, bahawa mereka tidak terlibat secara langsung dalam rundingan antara pihak rejim dan penentangnya. Rundingan ini dimulakan oleh Rusia dan Turki sendiri.

PBB menegaskan pihaknya sehingga kini tidak terlibat dalam proses pemindahan penentang rejim dan rakyat awam dari Aleppo Timur. Namun, PBB menyatakan sedia membantu jika memang diperlukan.

Sementara itu, penentang rejim Bashar akan memastikan proses pemindahan tetap akan berjalan, walaupun terdapat penundaan dalam prosesnya. Dimana Iran dalam kelompok yang memihak kepada rejim Bashar telah memberikan syarat baru sebelum sebarang memindahan dilakukan sehingga menyebabkan berlaku penundaan.

Sumber: news.com   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
 |  
 |