berita terkini palestin


Rejim Syria Guna Gas Klorin Beracun

Imej


24 November 2016 - Enam orang terbunuh manakala puluhan yang lain cedera akibat pengeboman yang dilakukan oleh jet pejuang rejim Syria mensasarkan Timur Aleppo, bagi menyekat kemaraan pejuang-pejuang di beberapa daerah berdekatan Damsyik, Hama dan Latakia sejak sejam yang lalu(waktu Malaysia).

Mensasarkan kejiranan Firdaus, Sheikh Khader, Al-Qatragi dan Hanano, dengan menjatuhkan tong-tong gas yang mengandungi klorin beracun ke kawasan awam yang disifatkan "kawasan panas”oleh rejim Syria.

Pihak pejuang mendakwa mereka berjaya membunuh 4 orang tentera rejim di kawasan Maysaloun
serta merampas senjata-senjata yang ditinggalkan oleh mereka.

Mereka juga dikatakan berjaya menangkis serangan pihak rejim dan tentera bersekutu di beberapa kawasan di Aleppo dan kejiranan Sheikh Najjar untuk hari yang keenam berturut-turut.

Sumber: Al-Jazeera Arabic   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
 |  
 |