berita terkini palestin


Aleppo; Serangan Yang Memusnahkan Hospital Di Timur Aleppo

Imej


21 November 2016 - Tentera Bashar dan Russia telah melancarkan serangan dahsyat ke atas bandar Aleppo beberapa hari lepas mengakibatkan semua peralatan dan kemudahan hospital di bandar tersebut telah musnah.
Tentera pemberontak telah melancarkan serangan melalui udara dengan menggunakan beratus-ratus laras bom dan Meriam yang mengakibatkan kematian 56 orang awam pada sabtu lepas.

Menurut Agensi Reuters, Pertubuhan Kesihatan Dunia melaporkan bahawa hospital yang terdapat di di bawah kekuasaan pemberontak di timur Aleppo semuanya tidak berfungsi akibat daripada serangan ganas beberapa hari lepas. Kenyataan daripada Osama Bin Javaid (Al Jazeera) yang melaporkan dari Gaziantep di Sempadan Turki-Syria mengatakan bahawa, Pegawai Perubatan di timur Aleppo mengesahkan, serangan yang mensasarakan kawasan hospital sememangnya disengajakan agar orang awam akan berputus asa, dan dalam tempoh dua jam, dua buah hospital yang masih boleh digunakan berhadapan dengan serangan daripada tentera rejim.

Dalam laporan tersebut, aktivitis turut mengeluarkan kenyataan kesan daripada serangan tersebut menyebabkan orang awam tidak mempunyai tempat untuk berlindung selain daripada kemudahan perubatan yang turut musnah.
Dr AhmedMbayed merupakan salah seorang daripada Pertubuhan Bantuan Perubatan Kanada mengesahkan bahawa semua kemudahan perubatan di Aleppo tidak berfungsi dan tidak boleh digunakan.

Tambah beliau, rakyat Syria berhadapan dengan situasi yang sukar akibat daripada kepungan yang menyukarkan mereka mendapatkan sebarang bantuan perubatan. Gudang yang menempatkan bahan-bahan perubatan juga turut dibom.
The White Helmets melaporkan kepada Al Jazeera, semua peralatan dan kenderaan turut musnah akibat serangan bom. Sehingga saat ini,lebih 250,000 orang awam terkepung di timur Aleppo yang berhadapan dengan pengeboman yang berterusan serta kekurangan bekalan makanan dan kekurangan bantuan perubatan.

Pada jumaat lepas, Hospital Kanak-Kanak turut menjadi sasaran pengeboman, memaksa kakitangan hospital tersebut memindahkan bayi yang masih berada dalam incubator. Merujuk kepada PBB, bekalan perubatan di kawasan yang terkepung telah habis dan setakat ini tidak ada sebarang mahupun persetujuan daripada mana-mana pihak untuk membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki kawasan di Aleppo.

Dalam masa yang sama, serangan ganas berlanjutan sehingga semalam, The White Helmets melaporkan seramai 61 orang awam terbunuh selepas serangan mensasarkan awam dengan melancarakan 180 serangan udara, 240 laras bom serta 1350 peluru berpandu pada ahad lepas.

Sumber: Al Jazeera, The White Helmets   |   Terjemahan: Cehbilaine (Admin)
 |  
 |