berita terkini palestin


Warga Baitul Maqdis Laung Azan Dari Bumgung Rumah Mereka

Imej


21 November 2016 - Sebagai tindak balas kepada rancangan jahat rejim Israel untuk melarang laungan azan di bandar tua itu, warga Baitul Maqdis secara beramai-ramai naik ke atas bumbung rumah mereka dan mengumandangkan azan secara bersama-sama. Jelas kedengaran laungan azan bersahut-.

Dalam rakaman video yang beredar di media sosial, masyarakat setempat dapat mendengar jelas lafazan azan sebagai bantahan terhadap rancangan untuk melarang azan di kota Jerusalem itu.

Gereja-gereja di Nazareth turut menunjukkan solidariti dengan menyiarkan laungan azan untuk solat Isya dalam memberi respons kepada usaha bantahan larangan azan yang dilaungkan dari Masjid Al-Aqsa.

Dua minggu terakhir, Israel merancang untuk melarang laungan azan setiap waktu solat. Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu telah menyokong rang undang-undang untuk melarang azan, berkata: "Israel adalah negara yang menghormati kebebasan beribadah bagi semua orang, percaya dan komited untuk melindungi orang-orang yang menderita daripada hingar bingar yang disebabkan oleh alat pembesar suara."

Sumber: Middle East Monitor   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
 |  
 |