berita terkini palestin


Hizbullah: Kerugian Besar Dalam Pertempuran Aleppo

Imej


18 November 2016 - Kumpulan pengganas Hizbullah Lubnan pada hari Isnin lalu telah melakukan perarakan besar-besaran di bandar Al-Qusayr, Barat Wilayah Homs, menyaksikan ratusan anggota tentera itu memandu kenderaan tentera pelancar roket melakukan konvoi melalui jalan-jalan kota Syria, sumber khusus Orient Net melaporkan.

Militan Hizbullah Lubnan melakukan perarakan tentera di Syria untuk menutup kerugian yang terjadi dalam pertempuran terakhir di Aleppo, menurut media Lubnan.

Menurut laporan media itu lagi, acara itu diikuti puluhan kenderaan tentera lengkap bersenjata di bandar al-Qusayr, wilayah al-Qalamoun, bersempadan Syria-Lubnan, bertujuan meningkatkan moral pasukannya, setelah kerugian besar yang berlaku dalam pertempuran di Aleppo, yang mengorbankan sejumlah komander serta puluhan ribu tenteranya.

Sumber menambah perarakan tersebut bertujuan memperingati "Martir Day" dan dihadiri oleh ketua dewan eksekutif Hizbullah, Hashim Safie al-Din.

Pengarah Al Jazeera di Beirut Mazen Ibrahim, melaporkan bahawa Hizbullah ingin menyampaikan mesej kepada pihak yang berkepentingan di Syria maupun Lubnan, serantau atau antarabangsa bahawa pasukan tenteranya tidak hanya kumpulan yang bertempur dalam "perang gerila", tetapi juga berperanan besar dalam pertempuran bersama rejim al-Assad.

Hizbullah ikut serta dalam pertempuran menyokong rejim al-Assad bagi mendapatkan semula bandar al-Qusayr, yang terletak di sempadan Lubnan pada 2013.

Hizbullah menghantar beribu-ribu pengganas ke Syria untuk menyokong rejim Assad. Kumpulan ini telah kehilangan beribu-ribu anggotanya sejak bergabung dengan pertempuran di Syria pada tahun 2011.

Sumber: Orient News & El Dorar Al Shamia   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
 |  
 |