berita terkini palestin


Rusia: Terus Gempur Kawasan Pembangkang Syria

Imej


18 November 2016 - Moscow meningkatkan serangan ketenteraan di Syria, dengan menggunakan kapal induk tentera Rusia untuk menyerang wilayah pembangkang Syria di barat laut negara itu.

Tentera Rusia melancarkan serangan peluru berpandu mensasarkan kumpulan-kumpulan pembangkang yang berjuang menentang rejim Assad di Syria pada hari ini, Selasa, dengan menggunakan kapal induk untuk pertama kalinya dalam pertempuran, kata Menteri Pertahanan Sergei Shoigu.

Shoigu berkata sebuah kapal Rusia telah menembak peluru berpandu, dari Admiral Kuznetsov, kapal induk tunggal Rusia yang terlibat dalam operasi ketenteraan di Syria, dan peluru berpandu dilepaskan daripada sistem peluru berpandu darat-mobile di dalam wilayah Syria.

"Admiral Kuznetsov cruiser pembawa pesawat itu mula mengambil bahagian dalam operasi untuk pertama kalinya dalam sejarah Tentera Laut Rusia. Pesawat Su-33 kami mula bekerja dari cruiser ini hari ini (15/11). Sebelum ini, kami dengan sangat hati-hati, melakukan pengintipan menyeluruh untuk semua sasaran, "kata menteri.

Kremlin, penyokong utama rejim Assad, mengumumkan Selasa pagi tadi bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan tenteranya untuk melancarkan serangan intensif di Syria utara.

Shoigu berkata Rusia telah mensasarkan kawasan yang ada kaitan dengan Daesh dan al Nusra, yang telah berubah nama menjadi Jabhat Fatah al-Sham, di wilayah Homs dan Idlib.

Beliau mencatat bahawa kapal induk mengambil bahagian dalam operasi melancarkan peluru berpandu Kalibr pada sasaran.

Sejak serangan Rusia tahun lalu, Moscow sering mendakwa bahawa hanya Daesh dan al Nursra yang disasarkan oleh serangan Rusia, tetapi sumber di lokasi mengatakan pasukan pembangkang moderat juga terus disasarkan oleh serangan Rusia.
"Kami melakukan kajian mendalam terlebih dahulu pada semua target," kata Shoigu. "Kita bercakap tentang gudang peluru, pusat latihan pengganas ... dan kilang."

Pada akhir Oktober lepas, Putin meluluskan ketetapan yang membolehkan tenteranya berada di wilayah Syria selama ia diperlukan.

Moscow menghantar sistem pertahanan peluru berpandu tambahan S-400 kepada Syria dan mengerahkan puluhan kapal perang dari Laut Hitam ke pantai Mediterranean di Latakia.

Pada hari Selasa lepas, media Rusia mengutip kenyataan menteri pertahanan, mengatakan bahawa mereka juga telah mengerahkan tujuh sistem S-300 baru untuk melindungi laut, sehingga ke wilayah Cyprus.

"Sistem ini dapat menghancurkan target laut dan darat pada jarak 350 kilometer dari laut dan hampir 450 kilometer dari darat," kata Shoigu.
Satu-satunya kapal induk tentera Rusia yang telah sampai ke pantai Syria bulan ini dan mula beroperasi aktif sejak Selasa pagi.

Sumber: Yeni Safak   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
 |  
 |