berita terkini palestin


Raja Salman : Bantuan Kepada Pelarian Palestin Adalah Kewajipan

Imej


18 November 2016 - RIYADH: Sidang Kabinet yang dipimpin oleh Penjaga Dua Masjid Suci Raja Salman di Al-Yamamah Palace, semalam menegaskan kembali sokongan dan bantuan Arab Saudi untuk pelarian Palestin adalah berdasarkan kepada keyakinan kerajaan bahawa ia adalah kewajiban agama dan kemanusiaan.

Kabinet membahaskan beberapa isu dan perkembangan terbaru di peringkat serantau dan antarabangsa, termasuk penegasan Arab Saudi di PBB membantu pelarian Palestin dan kepada Badan Pelaksana dan Bantuan PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) untuk mencapai matlamat pertubuhan itu dari segi kemanusiaan.

Kabinet menegaskan Arab Saudi akan terus memberikan bantuan kepada lebih dari 5 juta rakyat Palestina. Kerajaan Saudi berada di senarai teratas penyumbang utama untuk isu Palestin.
Kabinet juga membahas ucapan yang disampaikan di PBB oleh wakil KSA atas nama kumpulan Arab Fasal 50 atas laporan Jawatankuasa Khas Penyelidikan mengenai amalan Israel yang melanggar hak asasi manusia ke atas rakyat Palestin, juga mengungkapkan keprihatinan yang mendalam mengenai kekerasan, tindakan provokasi dan pencerobohan oleh pendatang haram Israel dan tindakan ganas mereka terhadap rakyat Palestin.

Kabinet KSA kesal dengan tindakan Israel yang keras kepala mencabar resolusi PBB dan menegaskan bahawa Arab Saudi mengalu-alukan inisiatif Perancis untuk menyeru persidangan keamanan antarabangsa, sesuai dengan kerangka proses perdamaian, khususnya Inisiatif Keamanan Arab.

Kabinet juga menyatakan penghargaan atas langkah-langkah yang diambil oleh mesyuarat pertama Suruhanjaya Hal Ehwal Ekonomi dan Pembangunan Dewan Kerjasama Teluk (GCC), yang ditubuhkan atas inisiatif Raja Salman dengan tujuan untuk meningkatkan kerjasama Teluk.

Menteri Kebudayaan dan Maklumat Dr. Essam bin Saad bin Saeed mengatakan bahawa kabinet sepenuhnya menyokong pandangan Naib Putra Mahkota Muhammad bin Salman, wakil kedua-dua perdana menteri, menteri pertahanan dan ketua Dewan Hal Ehwal Ekonomi dan Pembangunan, bahawa negara GCC harus bersatu untuk menjadi sebuah blok yang kuat. Kabinet meluluskan pandangan daripada wakil putra mahkota, yang mengatakan bahawa GCC mempunyai peluang untuk menjadi ekonomi terbesar keenam di dunia jika anggotanya bekerja sama dengan baik di tahun-tahun mendatang dan memanfaatkan peluang di era turun naik ekonomi.

Sumber: Arab News   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
 |  
 |