berita terkini palestin


Jet Pejuang Rusia Terhempas Sebelum Serangan Ke Atas Aleppo

Imej


15 November 2016 - Sebuah jet pejuang Rusia jatuh di Laut Mediterranean setelah melakukan penerbangan dari kapal induknya untuk melakukan serangan ke atas Aleppo.

Tiga jet pejuang MiG-29 telah berlepas dari kapal induknya, Admiral Kuznetsov dan terbang ke arah wilayah Syria, selang beberapa saat salah sebuahnya kelihatan berpusing semula setelah mengalami masalah teknikal .
Ketika cubaan mendapat itu ia terhempas ke laut. Helikopter penyelamat Rusia berjaya menyelamatkan juru terbangnya, kata pejabat pertahanan Rusia.

MiG-29 dirancang pada akhir 1970-an untuk bertempur bersaing melawan F-15 dan F-16 daripada Angkatan Udara AS dan mulai beroperasi pada awal 1980-an.

Kemalangan tersebut terjadi sehari setelah media kerajaan Rusia mengumumkan Rusia sedang mempersiapkan bom jarak jauh Tu-95 dan Tu-160 untuk misi serangan ke atas Suriah.

Media Rusia, Sputnik mengutip kenyataan Kementerian Pertahanan menyatakan bahwa kemalangan tersebut adalah berpunca dari masalah teknikal sahaja.

Sebuah armada kapal angkatan laut Rusia, termasuk kapal induk era Soviet, tiba di perisisran pantai Syaria, Sabtu lalu untuk menbersama-sama membantu rejim Assad.

Sumber: MEU   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
 |  
 |