berita terkini palestin


Kapal Perang Rusia Mendarat Di Pantai Syria

Imej


15 November 2016 - 12 November 2016: Sebuah kapal perang Russia telah mendarat di Pantai Syria pada sabtu lepas dan telah bersiap sedia untuk melakukkan serangan melalui udara dan darat di bandar Aleppo.

Kapal yang membawa 8 kumpulan yang dispesifikasikan sebagai kumpulan tempur yang kuat diketuai Laksmana Kuznetsov dari Moscow membawa peluru berpandu yang berkuasa tinggi merentasi Selat Inggeris menuju ke Timur Mediterranean.

Sergei Artmonov mengesahkan kenyataan tersebut di Stesen TV nombor 1 di Russia berdasarakan video yang menunjukkan bahawa kapal tersebut telah berlepas dari dek.

Beliau mengatakan bahawa kapal telah dikeluarkan dari dek dan sedang dalam proses mencari kordinasi dengan pelabuhan pesisir pantai. Dalam masa yang sama komander kepada kapal tersebut, Vladislav Malakhovsky mengatakan bahawa kapal yang berlayar tersebut tidak mengalami sebarang gangguan daripada kapal yang lain kerana sedar bahawa nuclear yang mereka miliki itu merupakan nuclear yang sangat kuat dan tidak boleh didekati dalam jarak 50 KM.

Dalam laman web Pro Kerajan, Syria Al-Masdar News dipetik daripada sumber ketenteraan menyatakan bahawa kapal perang yang diarahkan ke Mediterranean mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan.

Pegawai Nato turut mengeluarkan kenyataan bahawa penempatan Rusia sejak tercetusnya Perang Dingin di Syria menunjukkan bahawa sistem ketenteraan Moscow berada dalam kedudukan yang terbaik.

Vladimir Putin juga lantang menyuarakan hasrat untuk membina penempatan ketenteraan yang kekal di kawasan Timur Tengah disampingkan mengukuhkan lagi status Rusia sebagai sebuah kuasa besar.

Setiausaha Agung pakatan tersebut Jens Stoltenberg menyuarakan kebimbagan terhadap kapal-kapal perang yang akan digunakkan untuk menyerang serangan ke atas Syria yang akan meningkatkan penderitaan orang awam.

Moscow telah meneliti serangan yang terlarang berlaku di Syria timur Aleppo sejak 18 October telah mengakibatkan ramai orang awam yang terkorban.

Walaupun gencatan senjata telah dibuat sejak minggu lepas oleh Rusia, petanda awal menunjukkan bahawa merekas sedang bersedia untuk melakukkan serangan secara besar-besaran.

The Telegraf melaporkan, minggu lepas kelihatan beratus-ratus tentera Rusia dan Syria bergerak menuju ke kawasan pinggir selatan Aleppo. Seorang pegawai kanan perisikan Syria melaporkan bahawa tentera Pro Kerajaan dan sekutu Russia menanti untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden US yang baru sebelum melancarkan seranagan ke atas Syria, mereka meyakini bahawasanya Presiden baru US iaitu Donald Trumph semasa kempennya sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasam dengan Rusia berikutan situasi yang sedang melanda Syria saat ini.

Tahun lepas, Moscow telah memberikan sokongan ke atas President Bashar Al Assad yang memaksa Obama mengikuti segala telunjuknya agar tidak campur tangan dalam hal tersebut. Washington turut menzahirkan rasa takut untuk melakukkan sebarang konfrontasi dengan Moscow yang melibatkan
ruang udara Syria akan meningkatkan lagi konflik antara kedua-duanya.

PBB turut menggesa agar Rusia meneruskan gencatan senjata untuk membolehkan bantuan kemanusiaan dihantar. Namun, Russia telah menolak gesaan tersebut.

Jan Egeland yang merupakan pegawai PBB yang bertanggunjawab dalam menguruskan bantuan kemanusiaan di Syria mengatakan kepada pemberita di Ibu Pejabat Geneva bahawa tidak ada sesiapa yang menginginkan satu perempat daripada satu juta orang awam mengalami kelaparan di Aleppo.

Tambah beliau lagi, bekalan makanan di timur Aleppo sejak pertengahan Julai semakin berkurangan dan bekalan makanan yang terakhir sedang diedarkan, dan untuk bekalan minggu hadapan tidak mencukupi.

Mahmoud Abudl Aziz, seorang rakyat Syria turut menzahirkan kebimbangan tentang serangan yang bakal mereka hadapi memandangkan kapal-kapal perang berlegar-legar di ruang udara Syria.

Sumber: The Telegraph.UK   |   Terjemahan: Cehbilaine (Admin)
 |  
 |