berita terkini palestin


Demi Mendapatkan Minyak Dari Iran, As Sisi Bersekutu Dengan Assad Serang Aleppo

Imej


12 November 2016 - Iran Fars News Agency mengutip sumber di Syria melaporkan bahwa 3,000 pasukan elit Mesir akan dihantar ke Syria untuk "membantu rejim Syria”mempertahankan Aleppo dari cengkaman "terroris”.
Media rejim Assad melaporkan berita yang sama, menekankan bahawa Syria telah mengumumkan kemasukan tentera Mesir melalui kota Tartus dengan kerjasama tentera Rusia.

Hal ini dilihat sebagai satu-satunya jalan keluar bagi Presiden kudeta Mesir untuk menangani masalah ekonomi dan sokongan rakyat, terutama dengan jatuhnya pound Mesir dengan teruk, penurunan nilai 17 pound sedolar, di samping isu yang sedang hangat dibincangkan tentang niat pemerintah rejim Mesir untuk memberhentikan hampir dua juta pegawainya, telah mendapat bantahan serta tentangan yang hebat dari pegawai negara Mesir sendiri.

Manakala peranan As-Sisi di Syria, menurut wartawan Ghazi Dahman, mengatakan bahawa "provokasi media Iran adalah perang psikologi untuk menjadi penyebab kepada perpecahan negara Arab, tapi tidak dengan Mesir, As-Sisi secara terang telah memberikan bantuan ketenteraan kepada rejim Assad dengan membekalkan peluru berpandu yang telah digunakan baru-baru ini untuk menyerang Daraa dan al-Zabadani, ”

Dalam konteks yang sama, wartawan tersebut menekankan bahwa "perisikan Assad telah menyerahkan senarai nama beberapa militan ISIS, yang datang dari Eropah, kepada rejim As-Sisi dan memintanya untuk menyerahkan kepada beberapa badan perisikan Eropah bagi meningkatkan reputasi rejim Assad. ”

Dahman menjelaskan bahawa "dengan membantu rejim Assad dan memenangkannya akan menyebabkan As-Sisi kekal berada di kedudukannya sekarang, jika revolusi Syria tumbang target berikutnya adalah As-Sisi dan sekiranya rejim Assad tidak tumbang usaha-usaha kejam pembunuhan rakyat Syria akan mengalihkan perhatian dunia dari penindasan As-Sisi kepada rakyatnya”.

"Al-Sisi nampaknya berusaha mati-matian untuk mencari jalan keluar dari krisis ekonomi di negeri Mesir, terutama setelah gergasi minyak Saudi ARAMCO menghentikan penghantaran eksport minyaknya ke Mesir selama dua bulan berturut-turut, yang menyebabkan As-Sisi menandatangani kesepakatan dengan Rusia dan Iran dan sebagai imbalannya ialah dengan mengirim pasukan tentera Mesir ke Aleppo, ”

Sumber: Baladi News   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
 |  
 |