berita terkini palestin


170 Ribu Bayi Syria Lahir Di Turki

Imej


10 November 2016 - Sekurang-kurang 170,000 bayi Syria lahir di Turki sejak mereka mendapat perlindungan di bawah naungan Lembaga Bantuan Turki.

Disaster and Emergency Management Authority (AFAD) Turki mengatakan, mereka dalam persediaan untuk membekalkan makanan khusus bagi wanita-wanita yang hamil selain kemudahan bersalin dan penjagaan kesihatan anak mereka di seluruh Turki.

Turki menjadi tuan rumah pelarian Syria terbesar di dunia, menampung sekurang-kurangnya 3 juta pelarian dengan pelaburan USD 12 billion, sedangkan bantuan antarabangsa hanya berjumlah USD 512 juta sahaja, menurut AFAD.

AFAD menghulurkan bantuan bernilai sekitar 1.63 billion lira Turki(USD 520 juta) selain bantuan kemanusiaan ke Syria sejak perang bermula.

82,000 kanak-kanak Syria diberi pelajaran secara percuma di kem pelarian sementara itu. Disamping kerjasama antara Kementerian Pendidikan Turki dan AFAD bagi memastikan 310,000 mendapat pendidikan sama ada di peringkat rendah atau tinggi.

115,000 remaja Syria mendapat latihan keterampilan kerja setelah melalui berbagai program pensijilan yang diselenggarakan di pusat-pusat AFAD.

AFAD memiliki 26 pusat pemukiman di Turki dan menawarkan bantuan fizikal, sosial dan psikologi.
Menurut Badan Pelarian PBB, Turki adalah negara terbesar pelarian di dunia. Bahkan, UNICEF mengatakan Turki menampung jumlah terbesar kanak-kanak pelarian di dunia.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya 400,000 orang, termasuk warga awam terbunuh di Syria sejak konflik bermula. Sekitar 6,1 juta orang menjadi pelarian dan sekurang-kurangnya 4.8 juta melarikan diri ke negara jiran.

Sumber: Middle East Monitor   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
 |  
 |