berita terkini palestin


11 November: Mesir Siap Siaga

Imej


10 November 2016 - Kementerian Kesihatan Mesir sedang bersiap sedia tahap persediaan maksimum bagi menghadapi demontrasi yang dijadualkan esok 11 November, termasuk jabatan darurat.

Al-Khaleej Al-Jadeed mendapat perintah yang dikeluarkan Menteri Kesihatan Alexandria, Magdy Hegazy, membatalkan semua cuti kakitangan kesihatan bermula Khamis ini.

Beg darah, ubatan dan kit darurat sedang disiapkan, begitu juga sistem generator eletrik bagi menampung sebarang kebarangkalian yang mungkin terjadi.

30 peratus katil pesakit di hospital-hospital kerajaan dikosongkan menjelang protes besar-besaran begitu juga para doktor akan ditambah di jabatan kecemasan dalam tempoh tersebut.

Menteri Dalam Negeri Mesir, Datuk Bandar Jeneral Magdy Abdul Ghaffar, juga telah memerintahkan pertambahan jumlah polis yang bertugas seminggu ini.

Pegawai di Kementerian Dalam Negeri, General Tarek Attia mengatakan pihak polis diletakkan dalam posisi 24 jam waspada untuk menggagalkan sebarang konspirasi yang direncanakan terhadap negara, Middle East News Agency melaporkan.

Presiden rejim Mesir Abdel Fattah Al-Sisi mengalami penurunan populariti yang teruk akibat keadaan ekonomi Mesir yang semakin buruk.

Sumber: Middle East Monitor   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
 |  
 |