berita terkini palestin


Saudi Henti Eksport Minyak Ke Mesir

Imej


9 November 2016 - Syarikat minyak terbesar Saudi, Saudi Aramco menghentikan penghantaran minyak ke Mesir selama dua bulan berturut-turut, demikian menurut Hamdi Abdul-Aziz, juru cakap resmi Kementerian Minyak Mesir, semalam.

Menurut Al-Khaleej Online, akhbar Al-Watan, Mesir melaporkan, pihak Saudi Aramco tidak memberitahu Mesir tentang pengangguhan penghantaran tersebut, sedangkan sebelum ini ianya selalu tepat seperti yang dijadualkan.

Menurut akhbar Al-Masry Al-Youm, Abdul-Aziz mengatakan: "Sehingga kini, belum ada maklum balas dari syarikatnya untuk menjadualkan semula penghantaran minyak ke Mesir”.

Menurut laporan media Mesir, Aramco sebelum ini sentiasa memaklumkan kepada Mesir sekiranya berlaku kelewatan penghantaran minyak setiap bulan, tetapi tidak pada bulan Oktober dan November.
Syarikat raksaksa minyak saudi ini tidak mengulas laporan tersebut.

Bulan lalu, Mesir terpaksa mencari sumber alternatif minyak antaranya perjanjian import minyak dari Basra, Iraq. Terdapat laporan Mesir ada menghubungi Iran untuk tujuan yang sama.

Abdel Aziz menambahkan bahwa kementeriannya terpaksa membuka tender penyediaan 700,000 ton petrol, solar dan minyak bakar sebagai alternatif untuk memenuhi keperluan rakyat Mesir akibat berhentinya penghantaran minyak dari Saudi.

Jurucakap kementerian itu menambah, kontrak yang ditandatangani antara pihak berkuasa Mesir dan Saudi Aramco belum dibatalkan.

Riyadh menyokong Cairo dan memberi berbilion-bilion bantuan memajukan ekonomi Mesir yang kekurangan dana sejak menteri pertahanan Abdel Fattah Al-Sisi merampas kuasa dari presiden Muhamad Mursi, yang berasal dari Ikhwanul Muslimin.

Tapi hubungan Mesir-Saudi akhir-akhir ini semakin tegang setelah Mesir bersuara menyokong rancangan resolusi Rusia tentang Syria di Dewan Keselamatan PBB.

Sumber: ME Update   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
 |  
 |