panorama palestin


Industri Perikanan Gaza Hadapi Sekatan

Sejak Januari 2009, kerajaan Israel telah menghadkan bot nelayan Palestin keluar hanya sekadar tiga batu nautika dari pantai Gaza, yang mana menyekat nelayan dari menggunakan kira-kira 85 peratus kawasan perikanan Palestin.

Bagi nelayan yang berdaya usaha tinggi, meneroka lebih jauh untuk mencari ikan yang lebih besar adalah usaha yang berisiko tinggi: sekatan yang dikenakan ke atas nelayan akan dikuatkuasakan dengan menggunakan peluru hidup.

Sekarang nelayan telah dibenarkan untuk menangkap ikan sehingga enam batu nautika dari pantai Gaza selepas perjanjian gencatan senjata telah ditandatangani di antara Israel dan Hamas pada 21 November 2012. Satu kelegaan bagi ramai nelayan - tetapi tanpa sebarang perjanjian rasmi untuk meningkatkan had kepada jarak yang lebih jauh, mereka yang bergantung kepada pendapatan yang diperolehi dari hasil tangkapan harian merasa bimbang tentang berapa lama had baru ini akan berpanjangan.

Fotografi: Hatem Musa
 |  
 |