panorama palestin


Marathon Palestin 2014

Lebih daripada 3,000 pelari dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam Marathon Tahunan Palestin kedua pada hari Jumaat, 11 April 2014, dengan melalui tembok pemisah Israel serta mengelak beberapa buah pusat pemeriksaan di sepanjang laluan sejauh 42 kilometer (26 batu).

Marathon itu diadakan dengan motto "Hak untuk Pergerakan" bagi memperlihatkan kepada dunia halangan yang dikenakan oleh Israel dalam hal kebebasan bergerak di wilayah Palestin yang dijajah.

Marathon ini berlangsung di Bethlehem dan melibatkan larian dua hala pada jarak yang sama sejauh 21 kilometer (13 batu) di sekitar pusat bandar Palestin itu serta juga kampung-kampung berdekatan.

Penganjur berkata kira-kira 2,500 peserta berasal dari seluruh wilayah Palestin, manakala kira-kira 700 yang lain datang dari 39 buah negara yang berbeza. Selain Palestin, Denmark, Amerika Syarikat, dan Britain adalah negara yang paling ramai diwakili peserta dalam perlumbaan tersebut.

Sumber: Ma'an
 |  
 |