panorama palestin


Mukhmas: Ayuh Kita Menuai!

Pokok-pokok zaitun ada di mana-mana saja di Tebing Barat, menghiasi sepanjang sisi bukit separa gersang dengan petak hijau sejauh mata memandang. Pokok zaitun yang berdaya tahan adalah simbolik kepada rakyat Palestin. Mereka juga adalah teguh dan mempunyai hubungan secara langsung dengan bumi tempatan, sentiasa bersedia mengharungi apa saja yang bakal berlaku.

Pada musim luruh setiap tahun, musim menuai zaitun pun bermula. Di setiap bandar di seluruh Tebing Barat, dan di setiap kampung di antara bandar-bandar ini, warga Palestin mengenepikan kerjaya harian mereka untuk memberi perhatian kepada kebun zaitun mereka.

Peneroka haram Israel sentiasa menyerang serta merosakkan pokok-pokok zaitun Palestin sepanjang tahun di Tebing Barat, terutamanya apabila kebun zaitun terbabit terletak berdekatan dengan penempatan haram Israel di wilayah itu; bagaimanapun jumlah serangan meningkat dengan mendadak pada masa menuai.

Biarpun pokok dibakar, tanah dirampas dan serangan ganas kerap dilancarkan ke atas para penuai, rakyat Palestin di Tebing Barat sentiasa berazam untuk menuai buah zaitun mereka dan akan terus berbuat demikian biar apa pun yang datang merintang.
 |  
 |