panorama palestin


Perusahaan Arang Kayu Di Gaza Timur

Pekerja Palestin kelihatan mengumpul kayu yang kemudiannya mereka bakar untuk dijadikan arang kayu di salah sebuah kedai pembuatan arang tempatan, di timur bandar Gaza.

Dalam usaha menyesuaikan diri dengan sekatan dan kekurangan bahan yang telah berlanjutan bertahun lamanya, warga Gaza telah menjadi pakar dalam hal kitaran semula dan membuat benda baru dari bahan yang lama termasuklah menukarkan kayu sekerap menjadi arang yang akan digunakan untuk membakar barbeku dan memanaskan air di restoran tempatan dan kedai-kedai kopi.

Fotografi: Hatem Musa
 |  
 |