panorama palestin


Kampung Al-Walaja Yang Kian Pupus

Al-Walaja ialah sebuah perkampungan Palestin yang indah dihuni lebih dari 2,000 orang, yang terletak sebahagiannya di bawah badan pentadbiran Bethlehem di Tebing barat yang dijajah. Ia terkenal dengan sumber airnya, landskap yang indah dan kawasan pertaniannya.

Menurut UNWRA, agensi PBB bagi pelarian Palestin, kampung ini suatu ketika dulu merangkumi lebih daripada 17793 dunum (4,400 ekar).

Tetapi selepas lebih enam dekad berlakunya rampasan yang berterusan oleh pihak Israel, keluasannya kini kian berkurangan tinggal sekitar 3,000 dunum sahaja akibat pembinaan tembok pemisah Israel di Tebing Barat - bermakna ia kerugian kira-kira 85 peratus daripada tanah pertanian dan dan juga warisan budayanya.

Pembinaan tembok terbabit, yang bermula pada tahun 2007 meskipun dicabar secara sah melalui sistem perundangan dan juga protes yang berterusan, merupakan bab terkini bagi sebuah sejarah berterusan dalam hal penyingkiran warga al-Walaja.

Tatkala pembinaan dinding itu kini hampir selesai, adalah amat penting bagi kita untuk menyaksikan perjuangan berterusan warga al-Walaja dalam menghadapi kepupusan kampung halaman mereka yang indah ini dengan secara perlahan-lahan.
 |  
 |