panorama palestin


Perhimpunan Besar Hamas

23 Mac 2014 - Hamas memperingati ulang tahun ke-10 pembunuhan pengasasnya, Sheikh Ahmed Yassin, dengan mengeluarkan ancaman baru terhadap Israel dan menyeru agar ditamatkan saja rundingan damai antara Israel dan PLO.

Ribuan penyokong Hamas menghadiri sebuah perhimpunan besar yang telah diadakan di Bandar Gaza di bawah moto, "Kesetiaan dan Kegigihan di jalan Syuhada."

Sebuah helikopter Israel membunuh Yassin, pemimpin spiritual Hamas, di bandar itu pada tahun 2004.

Perhimpunan tersebut merupakan salah satu yang terbesar yang pernah diadakan oleh Hamas. Pemimpin Hamas berkata jumlah kehadiran yang besar membuktikan yang pergerakan ini terus mendapat sokongan meluas walaupun pengasingan kian meningkat.
 |  
 |