artikel penuh


Rumah Anak Yatim

 
Sejak zaman berzaman, Palestin tidak 'dizinkan' untuk mendapat tempat di tanah air sendiri. Kekangan dari pihak luar amat kuat sehingga tidak memungkinkan untuk mereka mentadbir dengan merdeka. Sehinggalah tahun 1994, Perjanjian Oslo memberikan cahaya baru kepada Palestin dengan mendapat 'sedikit' kebebasan untuk mentadbir.

Sejurus selepas Perjanjian Oslo diisytiharkan, perkara pertama yang menjadi perhatian pemimpin Palestin adalah penubuhan sistem perlindungan dan penjagaan kanak-kanak. Sejak ia ditubuhkan , Kementerian Perhubungan Awam telah bekerja keras walaupun dibawah tekanan dari Israel. Keadaan ini menjadikan penubuhan rumah penjagaan kanak menjadi amat sulit. Kesannya, organisasi bebas seperti badan bukan kerajaan mengorak langkah untuk menjadikan penubuhan rumah perlindungan sebagai satu kenyataan.

Setakat ini, rumah jagaan kanak-kanak yang ditubuhkan mempunyai beberapa kriteria tertentu. Tempat-tempat ini didirikan atas pelbagai dasar seperti jenis kebajikan (anak yatim, anak terpinggir dll), sumber dana (tempatan dan antarabangsa), organisasi ( organisasi keagamaan, pertubuhan antarabangsa seperti Bangsa-Bangsa Bersatu, dll) dan skala perkhidmatan yang diberi.

Seperti tempat jagaan lainnya, pusat jagaan kanak-kanak di Palestin mempunyai cabaran dan tekanan yang hebat. Ini termasuk cabaran berkaitan dengan situasi politik dan status undang-undang. Tambahan pula, penubuhan ini juga memberi kesan kepada keadaan sosial dan budaya masyarakat Palestin. Isu lain yang wajar diberi perhatian adalah pergantungan pusat jagaan dengan peruntukan dana yang sepenuhnya bergantung kepada derma dan sumbangan dari dana awam. Ini menjadikan pengurusan operasi mereka menjadi tidak menentu. Selain itu, penubuhan tempat jagaan yang pelbagai menjadikan sistem jagaan yang tidak sistematik dan sukar dikawal oleh kerajaan Palestin.

Kesimpulannya, disebalik stigma masyarakat Palestin terhadap penghantaran kanak-kanak di rumah jagaan sebagai satu keadaan yang memalukan, pembinaan rumah jagaan kanak-kanak amatlah dialu-alukan. Ini kerana, anak kecil merupakan tanda kelangsungan hidup dan memanjangkan susur galur rakyat Palestin. Penjagaan kanak-kanak amatlah penting lebih-lebih lagi dengan kehilangan tempat pergantungan seperti ibu bapa dan sanak saudara untuk menjaga kebajikan mereka. Dengan penubuhan ini, diharap supaya kebajikan sosial seperti disiplin, kesihatan dan pendidikan mereka akan lebih terjamin.

Akhir kata, bantulah mereka sedaya mampu untuk memberi anak-anak kecil Palestin sebuah kehidupan.



 
Sumber: Residential Child And Youth Care In Times Of Instability And Uncertainty In Palestine From Http://pr | Catatan: ROSHARIZA | 11 November 2017
 |  
 |