artikel penuh


Jangan Menyerah, Palestina!




 


Sepi
tiba-tiba berdentum dan
tangisan mengalir
di celah-celah rekahan
menitis
di selitan dedaun kering
teriakan
pecah bertaburan

Menyala semangatmu
Langsung Tiada Gentar !

Walau darah merah pantas membuak
walau remuk redam hati dihimpit kebinasaan
walau letupan menerpa tak menentu
engkau tetap di situ
tiada berganjak , tiada beralih
bangkit sebagai pejuang Islam
bangkit !

Aku terlalu merinduimu wahai syabab
engkau teguh melawan rejim laknatullah
dengan hanya berbekalkan
seketul batu
lemparan itu membawa sejuta makna
kental sungguh dirimu
aku terkesima , menangis sendiri
mengenangkan syahidnya dirimu
Faris Audah
kerana keyakinanmu
menyemai benih Hasan al-Banna

Suasana dingin yang tenang
hilang keindahannya , direntap
peluru itu membunuhmu !
dari udara , tak terlihat
yang tinggal hanya kenanganmu
Essam al-Batsh , kau gagah
Sobhi al-Batsh , kau tidak menyerah
wahai dua bersaudara
dunia membunuhmu syuhada' !
tapi kau tetap hidup , mekar mewangi
dalam qalbu dan air mata
para pendamba syahid

Teruskan perjuanganmu Palestina
Jangan Pernah Mengalah !

Ini hanya secebis cuma
tidak terkira bilanganmu wahai syuhada'
dapat aku rasakan jihad dan kebangkitan kalian
bangunlah wahai bakal-bakal syuhada'
semangatmu membara , aku tahu !

Lihatlah
renungi dengan mata hatimu
Fahima rela syahid untuk Palestin
dia mendorong jiwa kecilmu untuk berjuang
bukankah itu suatu bentuk pengorbanan ?
dari seorang nisa'
yang dahulunya memerangimu dengan darah
yang dahulunya mengecammu dengan air mata
yang dahulunya membencimu dengan seksa

Namun kini
pendiriannya berubah , dia beroleh hidayah
dan kerana percayakan keagungan Allah
dia sanggup menyerahkan dirinya kepada Islam !
pengkhianat ?
dikecam bunuh ?
aku tahu , dia sama sekali tidak gentar
kerana dia mengagumi kentalnya Sumayyah
nisa' pertama syahid di dunia

Di sini
hanya doa kudus yang mampu ku hulur
buat saudara seIslamku
di sana
mengiringi air mata kalian
dan
andai suatu hari nanti
tertakdir suratan diri
akan ku jejak bumi suci para anbiya' itu
mengejar syahid
ini azamku !
jangan sesekali dipersoalkan

Bertahanlah jiwa-jiwa pemuda
Islam pasti bangkit semula

Rejim Israel , Yahudi Laknatullah !
engkau kan tewas jua
jangan memandang hina pada syabab dan nisa' Islam
mereka semua ahli Jannah
kau hanya membuang tenaga
sia-sia , percuma sahaja
menentang dan memusnahkan perpaduan Ummah

kerana
Palestina yang aku kenal
Takkan Pernah Menyerah !



 
Catatan: Najwa | 20 November 2012
 |  
 |