Projek Aman Palestin


    1. Projek Ramadhan di Palestin 2009/1430H
      Pastinya kehangatan Ramadhan yang semakin menjelang tiba menyebabkan umat Islam menantikannya dengan penuh pengharapan, keazaman untuk melakukan yang terbaik bagi Ramadhan tahun ini..... menyumbanglah bersama kami untuk Palestin.
      Sila 'download' brosur dan borang penyertaan di sini.
    2. Kempen Ramadhan Untuk Palestin Di Sekolah-Sekolah Seluruh Malaysia
      Kempen RM1 sehari untuk Palestin di sekolah-sekolah. Kempen adalah untuk mendorong dan menggalakkan para pelajar terutamanya yang beragama Islam untuk berlumba-lumba melakukan amal kebajikan di bulan Ramadhan yang mulia. Di samping itu, kempen ini akan mendidik para pelajar sifat menabung bagi kebajikan.
      Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.
    3. Kempen Ramadhan IPT/Kolej
      Rata-rata warga IPT di seluruh negara telah menyedari isu Palestin sebagai isu kemanusiaan dan global. Kebanyakan mahasiswa/i telah mula melakukan usaha di peringkat IPT serta bergerak secara aktif dengan melakukan program-program melalui persatuan-persatuan berdaftar di IPT untuk memberi kesedaran secara menyeluruh amnya kepada masyarakat Malaysia dan khususnya kepada warga IPT.
      Sila klik di sini untuk mengetahui tentang program ini.
    4. Projek Bersama Bank Malaysia
      Menjalankan "Kempen Ramadhan Untuk Palestin", seterusnya menerima dan mengumpulkan dana sumbangan untuk Palestin melalui kaedah perhubungan perkhidmatan:
      • Mesin ATM (Automatic Teller Machine)
      • Perbankan Internet.
      Baca atau download fail PDF di sini.
    5. Projek Bersama Syarikat/Institusi
      Objektif kempen ini ialah:
      • Menginsafi dan menerapkan sikap peduli kepada nasib rakyat Palestin yang masih belum terbela di dalam Palestin dan di Kem-Kem Pelarian sekitarnya
      • Menghidupkan suasana bantu-membantu dalam masyarakat Malaysia agar tersemat sifat syukur dengan nikmat yang dikecapi selama ini
      • Memberi ruang kepada badan-badan kerajaan, bukan kerajaan, pertubuhan dan persatuan di Malaysia terlibat secara terus dalam membantu rakyat Palestin
      • Berkongsi kegembiraan dengan rakyat di Palestin ketika menyambut bulan Ramadhan dan Aidil Fitri.
      Baca atau download fail PDF di sini.
Pendapat    Rakan Al-Aqsa    Waktu Solat
Tabung Palestin
Telah dilancarkan secara rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Malaysia pada 8 September 2009.
Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam (M) Berhad: 12029010047880
Maybank (M) Berhad: 562263010787
Dana Sumbangan Pengurusan
Bank Muamalat (M) Berhad: 12070005133717
Bagi sumbangan dalam bentuk barangan yang boleh dijual beli untuk disumbangkan ke tabung Palestin, anda bolehlah menghubungi pejabat untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Sebarang MoU, perjanjian, usahasama, serta kerjasama ke arah penyumbangan dalam bentuk nilai yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat Palestin dan kebebasan Palestin amat kami harap & alu-alukan. Segala usaha ke arah kebaikan ini hanya Allah saja yang layak membalasnya.