daftar ahli | masuk
Pendapat    Rakan Al-Aqsa    Waktu Solat
Telah dilancarkan secara rasminya oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Malaysia pada 8 September 2009.
Sumbangan Umum
Projek Aman Palestin


    Projek 2014:

    Bil Projek Bantuan Peruntukan (RM) Diperlukan (RM)
    Jumlah 0.00 0.00


    Alhamdulillah, Aman Palestin memanjatkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah badan yang ulung membantu rakyat Palestin secara langsung dari bumi bertuah Malaysia.

    Jutaan terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak kira dari apa jua latar belakang dan pangkat kerana bersama-sama Aman Palestin dalam membantu saudara-saudara di Palestin dalam bentuk kewangan dan juga tenaga.

    Kini, dengan pembukaan pejabat Aman Palestin cawangan Gaza, banyak projek yang telah berjaya dilaksanakan di dalam Palestin mengikut perancangan yang telah ditetapkan, sama ada projek bermusim atau projek berterusan.

    Di sini Aman Palestin memaparkan sebahagian daripada projek-projek yang telah, sedang dan akan dilaksanakan, bagi menjadikan bukti dan tanda usaha gigih rakyat Malaysia dalam membantu membangunkan semula impian masyarakat Palestin memiliki semula negara mereka yang dijajah oleh Zionis Israel.

    Kepada dermawan/ushawan/badan korporat dan kepada sesiapa yang berminat, dipelawa untuk mengambil beberapa projek yang difikirkan sesuai untuk menjadikannya sebagai projek berkembar antara Malaysia dan Palestin.

    Besar harapan kami juga agar semua yang terlibat dapat memberikan kerjasama dalam apa jua bentuk bagi memastikan program ini mencapai tujuannya. Semoga segala kesungguhan dan usaha berterusan yang digembeleng bersama ini akan dikira Allah sebagai amal soleh, menjadi manfaat buat umat Islam seluruhnya.

    Membantu saudara-saudara kita di Palestin, mengimarahkan bumi Palestin, menjaga kesuciannya adalah satu kewajipan dan bantuan yang dihulurkan adalah salah satu kaedah mempertahankan bumi Palestin dari bumi Malaysia yang jauh lebih dari 8000 KM.