Apakah perang Gaza kedua menjelang tiba?
Sekali lagi Israel mengeluh bahawa “keselamatannya” kini sedang diancam oleh cetusan-cetusan keganasan baru di sepanjang perbatasan dengan Gaza. Sekitar dua dozen roket Qassam telah dilancarkan ke Israel dari Gaza dalam beberapa hari ini. Walaupun mereka jatuh di (dan mungkin telah dengan sengaja disasarkan pada) daerah terbuka, tanpa menyebabkan sebarang kerosakan atau kecederaan, namun Israel tetap bertindak membalas dendam dengan melancarkan serangan udara yang menyebabkan kerosakan dan membunuh beberapa orang, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun.
Sebelum menanyakan siapa yang harus berhenti dulu, kita harus cuba imbas kembali siapa dulukah yang telah memulakan siri-siri kekerasan terbaru yang menjijikkan ini.
Pada 26 Disember 2009, Israel melakukan serangan berganda di bandar Nablus, Tebing Barat, dan di Gaza, membunuh tiga orang di setiap tempat. Di Nablus, sepasukan pengganas Israel bertindak membunuh secara kejam bagi membalas dendam atas pembunuhan seorang penduduk haram Israel di Tebing Barat beberapa hari sebelumnya. Menurut isteri salah seorang yang terkorban di Nablus, suaminya sedang berada di ruang tamu rumah mereka, samasekali tidak bersenjata ketika pasukan pengganas tersebut menyerbu masuk dan terus menembaknya di muka. Samada dia mahupun korban-korban lain yang menjadi mangsa pengganas yang ditaja oleh Israel ini belum pernah lagi menghadapi sebarang pertuduhan, diadili atau dihukum di atas sebarang bentuk jenayah di muka pengadilan. – (Selanjutnya)



