|
Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir Di Wilayah al-Mughraga
Gaza: 8 Februari 2010 - Aman Palestin telah melaksanakan kempen bantuan membantu mangsa banjir di Wilayah al-Mughraga. Bantuan tersebut telah berjaya dilaksanakan sebagai sokongan padu rakyat Malaysia terhadap mangsa kekejaman Israel. Perasmian Cawangan Aman Palestin Di Gaza Gaza: Sabtu, 9 Januari 2010 - Aman Palestin dengan secara rasminya telah membuka cawangannya di Gaza hari ini. Walaubagaimanpun, operasi pejabat tersebut telah berjalan semenjak bulan Jun 2009 lagi. Dengan adanya cawangan ini diharapkan sedikit-sebanyak akan membuka lembaran baru dalam memberikan nafas kepada rakyat Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza. Pelarian Palestin di Lubnan merayakan Aidil Adha secara sederhana Daripada Zulkifli Bujang TYRE (Lubnan), Nov 27 -- Sekitar 400,000 orang Palestin yang berlindung di kem-kem pelarian di Lubnan, melupakan buat sementara waktu segala keperitan hidup untuk merayakan Aidil Adha secara sederhana Jumaat lalu. Aman Palestin Agih Daging Korban Rakyat Malaysia Di Palestin Daripada Zulkifli Bujang BEIRUT (Lubnan), 27 Nov -- Sebanyak 4,000 keluarga Palestin yang tinggal di kem-kem pelarian di seluruh Lubnan hari ini menerima daging korban sumbangan Aman Palestin, sebuah badan bukan kerajaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong Lancar Tabung Palestin Shah Alam, 8 September 2009 -- Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tunku Mizan Zainal Abidin telah berkenan untuk merasmikan Tabung Palestin pada majlis berbuka puasa bersama Aman Palestin Berhad yang berlangsung di dewan Annex Universiti Teknologi Mara UiTM, Shah Alam. |


