berita terkini palestin


Larangan Masuk Menunaikan Solat Di Masjid Aqsa

Imej


2 Disember 2010 - Pihak berkuasa rejim Israel hari ini, Khamis 2/12/2010, melarang warga Palestin wilayah 48 yang berumur bawah 40 tahun untuk masuk ke dalam Masjid Al Aqsa.

Pertelingkahan meletus diantara polis Israel dan pelampau Yahudi yang menghalang pintu masjid melarang jemaah dari memasuki, kejadian tersebut terjadi di kawasan Pintu Utama Mughrabi.

Ini ekoran dari kumpulan pelampau Yahudi mengumumkan niat mereka memasuki masjid untuk merayakan "Hanukah" Yahudi selama seminggu bermula hari ini.

Menurut saksi penduduk Palestin yang mengunjungi sejak awal hari Khamis berada di halaman masjid di ganggu oleh pelampau Yahudi yang menyanyi dan bersorak menggunakan pembesar suara serta dikawal oleh polis Israel, sehingga saat ini tiga warga Palestin ditangkap akibat insiden tersebut.

Sumber: POL   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
arkib  |   kongsi  |   kongsi  |