berita terkini palestin


Turki Tetap Heret Israel Ke Mahkamah Antarabangsa

Imej


24 Mei 2012 - Akhbar Turki "Sabah", mendakwa Turki telahpun menyediakan pendakwaan ke atas empat orang bekas komander rejim Israel yang melakukan jenayah perang terhadap Turki pada tahun 2010 semasa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

"Sabah" dalam kenyataannya itu melihat butiran kertas pertuduhan yang disediakan oleh Pendakwa Turki, Mohammed Akef Ekinci menuntut keempat-empat mereka dihukum penjara seumur hidup, sehingga kini ketua pendakwa di Istanbul telahpun bersetuju dengan dakwaan sebelum dihantar kepada mahkamah antarabangsa.

Pendakwa raya menuduh Gabi Ashkenazi, bekas Ketua Turus Tentera Israel dan tiga lagi pemimpin kanan tentera yang telah bersara terlibat secara langsung dalam serangan dan mereka sekarang ini di syaki sedang melarikan diri.

Pendakwaan mereka setebal 144 mukasurat itu memuatkan keterangan lebih dari 600 orang, termasuklah 490 aktivis konvoi termasuk enam anak kapal kapal dan saudara-mara mereka.

Plaintif tersebut telah pun dihantar ke Pejabat Perdana Menteri Turki, Kementerian Luar Negeri, Hakim dan unit risikan negara.

Sumber: Felesten   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
arkib  |   kongsi  |    |