berita terkini palestin


Rakyat Palestin Terbunuh Dalam Serangan

Imej


3 Mei 2012 - Rejim tentera Israel melaporkan mereka telah menembak seorang rakyat Palestin berhampiran pagar sempadan keselamatan di Gaza, semasa melakukan "aktiviti rutin" menjaga keselamatan pagar yang bersempadan dengan Israel.

Berlaku tembak-menembak diantara tentera rejim Zionis Israel dan pejuang Palestin di sepanjang pagar yang bersempadan dengan Gaza sebelum pihak Israel mendakwa menembak mati seorang pejuang.

Bagaimanapun, Nasser Addin, Ketua Briged Salahuddin, sayap bersenjata Jawatankuasa Penentangan Popular Kebangsaan berkata, salah seorang anggotanya telah gugur syahid dalam misi jihad mereka.

Sumber keselamatan dan saksi berkata, pejuang Palestin melepaskan tembakan pada askar Israel ketika mereka memeriksa kawasan sempadan pada petang Selasa.

Tentera Israel menjaga dan berlindung di zon penimbal dalam wilayah Gaza sepanjang sempadan dan mengadakan rutin rondaan tentera di rantau ini.

Sumber: Felesten   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
arkib  |   kongsi  |   kongsi  |