aman palestin


berita terkini palestin


2 Ditahan Di Tebing Barat

Imej


12 April 2012 - Tentera Zionis Israel mengankap dua orakyat Palestin pagi tadi, Khamis 12/4/2012 selepas menyerang kawasan Aroub, Utara Hebron di Tebing Barat.

Menurut Jawatankuasa Rasmi Rakyat Palestin di kem pelarian Aroub, pihak tentera menahan seorang lelaki, Ibrahim Taysir Titi (18 tahun), selepas menyerang rumahnya di kem tersebut dan membawanya ke destinasi yang tidak diketahui, pihak tentera rejim itu juga mengakui melakukannya di kem-kem yang lain.

Dalam waktu yang sama, rejim Zionis Israel mendirikan pusat pemeriksaan di kawasan bukit Rahmat yang berdekatan bandar Hebron, melakukan kawalan ketat sementara sebuah lagi pos pemeriksaan baru dibangunkan di utara jambatan wilayah Halhul.

Manakala pertempuran meletus antara penduduk dan tentera rejim di utara Tebing Barat dengan menggunakan bom, gas pemedih mata dan peluru hidup.

Lebih daripada 20 kenderaan tentera diiringi pihak rondaan polis menyerbu Jenin dan melancarkan kempen pemeriksaan dan penangkapan secara besar-besaran kawasan kejiranan Mirah, Jabirat dan Basatin membawa kepada meletusnya pertempuran dengan belia.

Sumber: quds   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
arkib  |   kongsi  |   kongsi  |