aman palestin



pendapat anda


Antara Palestin dan Malaysia

Assalamualaikum..

Sedih dan rasa terkilan apabila melihat remaja, kanak-kanak di palestin berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan tanah air mereka dari Yahudi Laknatullah. Bila melihat gambar-gambar mereka syahid di jalan Allah, demi menegakkan keadilan dan Islam, terdetik adakah kita di sini cakna dengan keadaan mereka?

Saya agak terkilan dan kadang-kadang berfikir jauhnya beza remaja di sana dan remaja di negara kita. Jika di sana mereka terpaksa belajar dengan keadaan tembakan dan bom yang bila-bila masa sahaja boleh menerobos ke badan mereka. Namun kita di sini masih malas dan leka. Sikap acuh tak acuh dalam belajar dan senantiasa mengharapkan "suapan" daripada guru.

Begitu juga dengan perjuangan mereka, keinginan mereka untuk syahid begitu berkobar-kobar. Bahkan mereka tidak gentar untuk mati kerana mereka mengejar syahid di jalan Allah. Allahuakbar! Betapa cekal dan kentalnya hati mereka. Tetapi jika dibandingkan dengan anak remaja kita, mereka lebih sukakan keseronokan dimana kemungkinan akan merosakkan diri mereka. Ya Rabbi! Mereka seolah-olah hidup dalam dunia mereka dimana hampir daripadanya menjurus ke arah dosa.

Jika dibandingkan mereka dengan kita, jauh jurangnya. Saya cuma terfikir, ini bukanlah satu doa namun bagaimana jika suatu hari kita di tempat mereka. Apa yang kita harus lakukan dengan keadaan anak muda sekarang?

Sekadar coretan pendapat dan perkongsian bersama. Semoga kita bersama menegakkan syiar Islam.
Catatan: SAIDATUL SYAMIN | 16 Februari 2013
Masih belum ada komen untuk pendapat ini.

Sila Berikan Komen Anda:

 
 (tidak wajib)


arkib  |   kongsi  |   kongsi  |