pendapat anda


Assalamualaikum, salam kekecewaan

selamat malam kepada sesiapa saja yang membaca. saya salah seorang hamba Allah yang tertarik akan isu berkaitan palestin. bumi Allah yang dipelopori oleh manusia tanpa hati dan kemanusiaan. mungkin disebabkan rasa kemanusiaan yang masih menebal menyebabkan saya tertarik akan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan palestin atau mana mana aktiviti sukarelawan. saya cuma seorang manusia biasa yang berharap agar dapat membuat sesuatu sebagai tindakan untuk membantu mereka yang memerlukan. selain doa yang tak pernah putus meniti bibir untuk semua umat islam. insya Allah saya berdoa dengan seikhlas hati agar tercapai hasrat dihati. saya mencari medium agar terzahir segala pendapat dihati saya. mungkin sini saya dapat lahir kan niat itu. saya cuba melahir kan pendapat melalui blog saya tapi mungkin ia tidak mencukupi bagi saya. saya harap disini saya menaip atas dasar seorang manusia yang mahu menzahir kan niat yg ikhlas dan mungkin insan lain dapat memberi pendapat atas idea akal kurniaan nya ini.

saya terfikir akan zaman yang moden dan ramai diantara anak muda yang hilang nikmat membaca sesuatu perkara. tetapi mereka tidak sedar akan kerugian sifat itu. mungkin saya akan taip sedikit panjang atau sedikit pendek. walau apa pon saya hanya melahirkan pandangan saya. hari ini saya telah sertai satu perhimpunan berkaitan dengan tabung palestin dikampus berdekatan. segala usaha menyedarkan para hadirin telah pon dilakukan dan saya sangat2 tersentuh dengan segala slide dan puisi yang dipersembahkan. tetapi. segelintir anak muda yang hadir bergelak ketawa seperti tiada sifat kemanusian. ya Allah kenapa la rakyat negara ku sendiri bersifat begitu. saya yang melihat hanya dapat berdoa agar sedarkan mereka yang hadir dan mana mana rakyat Malaysia yang masih lagi selamat hidup di negara tercinta.

mungkin saya bukan lah seorang rakyat yang sempurna tetapi saya hanya berharap agar kita juga punya perasaan kemanusiaan atas apa yang terjadi pada palestin. mereka adalah salah satu contoh terbaik sebagai tamadun islam yang kuat. insya Allah satu hari palestin akan bebas dari segala ancaman. walaupon israel berhenti menyerang tidak bermaksud peperangan itu telah tamat di dalam hati dan fikiran mereka. kata kata saya ini tidak seberapa. cuma melahirkan pandangan insan yang kerdil. insya Allah akan menaip lagi pada ruangan yang disediakan. kertas ini diberikan agar ada medium saya bersuara jadi saya akan bersuara dengan hati yang ikhlas :)

selamat malam
Catatan: WAFA NUR NADJWA | 26 Januari 2013


Komen oleh Muhammad Farhan | 4 Februari 2013

=)


Sila Berikan Komen Anda:

 
 (tidak wajib)


 |    |    |