pendapat anda


Rabbani bantu bina hospital Gaza

Dengan jadual persembahan yang padat, kumpulan nasyid terkenal, Rabbani masih sempat memikirkan kebajikan orang lain apabila mereka berusaha mengutip dana untuk membina hospital di Gaza, Palestin.

Kutipan dana itu dibuat menerusi Majlis Makan Malam Amal Hospital For Gaza di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Sabtu ini.

Menurut Azadan Abdul Aziz daripada kumpulan Rabbani, mereka sedang berusaha bersama Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) untuk membangunkan sebuah hospital bersalin dan kanak-kanak dan di Gaza.

"Mapim sudah mendapat restu daripada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) iaitu badan yang bertanggungjawab memastikan penduduk Gaza dapat hidup dengan aman makmur. Hospital For Gaza (H4G) yang sedang diusahakan itu melantik Rabbani sebagai dutanya.

"Orang ramai amat dialu-alukan untuk menjadi ahli H4G di mana mereka boleh menyumbang secara berterusan sehingga hospital itu siap. Sebelum ini kita dengar hospital di Gaza tidak dapat membantu rakyat yang menderita kerana kehabisan ubat, oleh itu ahli H4G akan sentiasa menyumbang mengikut kemampuan mereka sehinggalah Palestin merdeka dan hospital yang dibangunkan itu dapat berjalan dengan sendiri," katanya.

Azadan berkata, ahli H4G boleh dianggap sebagai pemegang saham kepada pembangunan hospital ini selain meraih keuntungan pelaburan mereka di akhirat nanti.

"Sebagai usaha mengajak seramai mungkin rakyat Malaysia yang ingin mahu menjadi ahli H4G, Rabbani mengatur strategi dengan mengadakan Majlis Makan Malam Amal H4g dan Konsert Malam Amal H4G di seluruh negara. Kami juga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin memikul tanggungjawab ini bersama-sama menjadi penaja kepada acara yang dianjurkan.

"Mereka boleh menjadi penaja utama atau penaja bersama untuk Majlis Makan Malam Amal di Hotel Singgahsana pada 26 Januari ini," katanya.

Orang ramai yang berminat boleh membeli meja pada harga RM5,000, RM2,000 dan RM1,500. Sambil menikmati jamuan mereka dihiburkan dengan persembahan daripada Rabbani dan Datuk Sharifah Aini.
Sumber: Oleh Nor Akmar Samudin-METRO 2013/01/21 (http://www.amanpalestin.net/control/pendapat/index.php?tunj | Catatan: Nuriani | 22 Januari 2013
Masih belum ada komen untuk pendapat ini.

Sila Berikan Komen Anda:

 
 (tidak wajib)


arkib  |   kongsi  |   kongsi  |