panorama palestin


Sumbangan Kerusi Roda Dan Ternakan

Aman Palestin mewakili rakyat Palestin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 2 orang dermawan, seorang dari Malaysia dan seorang lagi daripada Singapore.

Dermawan Malaysia telah menyumbangkan 3 buah kerusi roda eletrik kepada OKU di Gaza - seperti dalam gambar - yang telah diserahkan sendiri oleh CEO Aman Palestin Gaza, Ir. Omar Seyyam, di Hospital Salamah, Gaza.

Manakala dermawan daripada Singapore telah menyumbang binatang ternakan kepada keluarga miskin di kawasan paling daif di Gaza iaitu Mughraqah. Kesemuanya telah sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan dengan pemantauan dan kajian terperinci oleh kakitangan Aman Palestin di Gaza sendiri, disamping sebelum ini rombongan delegasi Aman Palestin seramai 21 orang telah pun meninjau dan melihat sendiri bagaimana kesusahan mereka.

Semoga usaha dato'/datin/tuan/puan membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin, meneruskan talian hayat mereka dalam mempertahankan bumi Palestin, meneruskan jihad mereka membebaskan Masjid Al-Aqsa dan tanah wakaf Palestin akan diganjari Allah dengan sebesar-besar pahala.

Mendermalah bersama kami membantu mereka tanpa ragu-ragu lagi.
arkib  |   kongsi  |    |