panorama palestin


Nyatakan Pendirian Anda - Ismael Haneyah

Hari terakhir delegasi ke-8, misi kemanusiaan Aman Palestin mengakhiri dengan perjumpaan bersama Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneyah di pejabat beliau di Gaza.

Perjumpaan berlangsung hampir sejam itu di manfaatkan sepenuhnya oleh peserta rombongan dengan melontarkan beberapa persoalan yang berkaitan dengan Gaza dan Israel.

"Kami berterima kasih atas kepercayaan penuh yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia berdiri bersama-sama kami berhadapan dengan penjenayah rejim Zionis Israel, negara yang amat jauh perjalanannya sama-sama merasai kesusahan kami, berdoa untuk kami dan membantu meringankan kesusahan dan kepayahan yang ditanggung oleh rakyat kami", katanya lagi.

Beliau dengan tegas menyatakan pendirian beliau dan rakyat Palestin yang tidak akan sekali-kali mengiktiraf Israel sebagai sebuah kerajaan.
arkib  |   kongsi  |    |