panorama palestin


Generator Bantu Kementerian Dalam Negeri Gaza

Setelah 2 tahun diusahakan untuk memasuki Gaza, akhir pada penghujung 2011, generator Aman Palesitn sehingga kini mampu menampung hampir 6 sektor dalam Kementerian Dalam Negeri Gaza setelah diserahkan secara rasminya pada 15 April 2012, Ahad.

"Generator yang dibekalkan mampu mempermudahkan segala urusan rasmi di kementerian kami" demikian jelas jurucakap kementerian tersebut kepada Aman Palestin.

Membantu rakyat Palestin tidak akan berhenti hanya dalam sektor tertentu sahaja, akan tetapi setiap sektor berkaitan antara satu sama lain, membekalkan generator yang mampu untuk menampung keperluan 6 sektor dalam Kementerian Dalam Negeri Gaza adalah salah satu sumbangan besar rakyat Malaysia dalam membantu Palestin dan membebaskan Masjid Aqsa.

"Kami ucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan Aman Palestin yang telah banyak membantu kami, mudah-mudahan ini akan mengeratkan hubungan kami dengan rakyat Malaysia yang kami tahu amat dermawan", kata jurucakap itu lagi.
arkib  |   kongsi  |    |