Seramai 300 anak yatim bersama keluarga dibawah tajaan Aman Palestin berkesempatan menghadiri majlis bersama Anak Yatim Palestin sempena menyambut delegasi kemanusiaan Aman Palestin kali ke-8 ini.
Majlis yang diadakan secara sederhana tetapi meriah berjalan dengan sempurna apabila keluarga angkat mereka dapat bersama-sama makan dan bermesra bersama anak angkat dan ahli keluarga tajaan mereka.
En. Masduki menyatakan kesyukurannya dan rasa terharu serta benar-benar teruja apabila dapat berjumpa dengan 6 orang anak angkatnya yang menyambut beliau di dalam majlis tersebut. Oleh kerana terlalu terkejut dengan sambutan, makanan dihadapannya hampir-hampir tidak dijamahnya.
Aman Palestin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penaja dan penyumbang tetap anak-anak yatim tajaan Aman Palestin.