panorama palestin


Perasmian Aman Palestin Cawangan Johor

Aman Palestin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah memberikan sokongan padu kepada perjuangan membebaskan bumi Palestin dan Masjid Aqsa dari cengkaman Zionis Israel.

Terdapat 15 cawangan Aman Palestin di seluruh Malaysia termasuklah di Semenanjung Gaza menjadi bukti komitmen kukuh Aman Palestin memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin dan juga hak rakyat Malaysia mempertahankan kesucian Masjid Aqsa.

Perasmian pembukaan Aman Palestin cawangan Johor terus menjadi salah satu kekuatan Aman Palestin di negerti Johor. Dengan bangunan yang telah diwakafkan oleh seorang dermawan membuktikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Aman Palestin, satu-satunya badan NGO yang pertama di Malaysia memperjuangkan isu Palestin secara tetap dan penuh komitmen, sebelum tumbuhnya pertubuhan lain sama-sama mengikuti jejak langkah Aman Palestin. Semua NGO baru yang ditubuhkan oleh badan-badan kemanusiaan yang lain adalah pesaing sihat bagi Aman Palestin. Kebaikan perlu dikongsi oleh semua, tidak ada mana-mana NGO yang boleh mendabik dada mengatakan ia adalah yang terbaik dari semua NGO yang lain, tugas kita adalah menjalankan ketaatan bukannya mencela sesiapa pun yang ingin melakukan atau berbuat kebaikan.

Dengan pembukaan Aman Palestin cawangan Johor secara rasminya, bukti kepercayaan rakyat Malaysia kepada Aman Palestin semakin kuat. Dengan slogan Aman Palestin, "Keikhlasan anda, ketelusan kami", sememangnya adalah benar selagimana ia diikuti dengan baik dan betul, tidak melanggar ketetapan Allah, bersungguh-sungguh dalam kerja.

Aman Palestin cawangan Johor telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Hj. Nooh Gadut dengan dihadiri seramai 150 orang dari para dermawaan, dato'-dato', datin-datin dan penyumbang tetap/tidak tetap kepada Aman Palestin.

Sekali lagi Aman Palestin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua para dermawan, dato'/datin, tuan/puan, saudara/saudarai, petugas-petugas yang bertungkus lumus menjayakan program ini, apa yang boleh kita katakan mudah-mudahan Allah menerima segala usaha kebaikan ini dan menjadikan ia pemberat timbangan di akhirat kelak.
arkib  |   kongsi  |   kongsi  |