berita penuh


"Syabas atas kemenangan pejuang Palestin" Abdullah Zaik, Pengerusi Aman Palestin Bhd.

Ucapan Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad ,
Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman :

"Saya dengan penuh bangga mengucapkan syabas dan tahniah atas kemenangan strategik
"Muqawamah"(pejuang) Palestin berdepan dengan "khurafat keperkasaan"(kehebatan
palsu) tentera Yahudi.

Tindak balas strategik yang bijak atas kebodohan strategi Yahudi memaksa Negara
kuasa tentera terhebat di Asia Barat itu untuk menuntut gencatan senjata sehingga
memaksa sekutu mereka; Amerika dan Eropah turun padang untuk menyelamatkan air muka
Yahudi.

Syabas kepada Mesir atas peranan baru yang istimewa dan berbeza pada kali ini,
disokong oleh Turki, Qatar, dan lain-lain negara.

Tahniah kepada Malaysia atas dasar luar baru yang lebih proaktif terhadap isu
Palestin. Walaupun begitu, saya berharap peranan yang lebih berkesan pada masa akan
datang.

Kepada rakyat Palestin, anda telah mengemukakan contoh yang unggul kepada perjuangan
mempertahankan hak dan warisan.

Allah mencucuri rahmatnya kepada mereka yang Syahid(terkorban di jalan Allah) dan
menggantikan kehilangan saudara/orang tersayang dan harta benda dengan yang lebih
baik.

Aman Palestin bersama rakyat Malaysia akan sentiasa bersama anda(rakyat Palestin),
menjadi benteng di belakang anda dan meringan beban anda di waktu kesusahan.
Komen oleh Fauzi Zakaria | 21 Julai 2014

Doa senjata orang2 mukmin yang tidak dapat bersama pejuang di palastin. Terus memberi tekanan kepada yahudi laknak.
Komen oleh MUHAMMED ALI | 14 Disember 2012

Perjuangan mesti berterusan dimana saja kita berada. Setiap orang hendaklah berjihad, kita di Malaysia hendaklah sentiasa berdoa untuk mereka dan juga memberikan sumbangan ikhlas dan juga bertekad didalam hati untuk boikot barangan-barangan keluaran yahudi secara berterusan istiqomah.
Komen oleh Mohd Khaidir | 4 Disember 2012

Dari Riwayat Imam Ahmad ---- “Aisyah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w selalu mengakhiri urusannya dengan mengucapkan : ‘Subhanallah wa Bihamdihi astarghfirullah wa atubu ilaih.’ Baginda jua bersabda : Tuhanku telah memberitahu kepada ku bahawa aku akan melihat satu alamat dalam umatku. Dia memerintahkan aku supaya memujiNya dan memohon keampunan kepadaNya Yang Maha Pengampun apabila aku melihat tanda-tanda tersebut. Dan aku telah melihat tanda-tanda tersebut, iaitu : ‘Apabila telah datang pertolongan dan kemenangan…” (Muslim)
Komen oleh MUHAMMAD KHANUN IKHWAN [laman web] | 2 Disember 2012

Semoga Saudara kita disana sentiasa dilindungi-Nya :D
Komen oleh SITI NURASYIKIN | 27 November 2012

In Syaa ALLAH.. Allah sentiasa bersama orang2 yang soleh dan solehah.. tiada apa yg perlu di takuti di dunia ini selain takut kpd Allah.. Doa org yg teraniaya akan diterima Allah.. in Syaa Alla. Aamiin.
Komen oleh Dayang Norasmeh [laman web] | 25 November 2012

Alhamdulliah, Allahuakhbar!! Maha suci Allah.. semoga negara2 islam akan bergabung tenaga dan bersatu utk membantu saudara kita d palestin serta menentang rejim zionis habis-habisan.

Sila Berikan Komen Anda:

 
 (tidak wajib)


arkib  |   kongsi  |    |