berita penuh


Syeikh Al-Aqsa bersama PM

Kerajaan Malaysia telah menyumbang sebanyak USD100,000.00 kepada Pertubuhan Islam Palestin 1948, melalui Pengerusinya, Syeikh Raed Solah di masjlis penyerahan cek bersama Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak di pejabat rasmi beliau di Putrajaya jam 12.30 tengahari tadi.

Syeikh Raed dan rombongan diiringi Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Berhad, Abdullah Zaik Abdul Rahman bersama pegawainya tiba tepat jam 12:30 tengahari sebelum disambut mesra oleh Perdana Menteri Malaysia.

Dalam kunjungan ringkas itu, Syeikh Raed berkesempatan menjelaskan kedudukan sebenar keadaan Masjid Al-Aqsa yang sehingga kini masih lagi menjadi kerakusan pihak rejim Zionis untuk merampasnya dari tangan umat Islam.

"Mudah-mudahan Malaysia akan menjadi salah satu negara Islam yang kuat membantu membebaskan bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa", jelas Syeikh Raed sebelum beredar.

Pertemuan selama setengah jam itu berakhir pada jam 1:15 tengahari sebelum rombongan berangkat ke Masjid Putrajaya bagi menunaikan solat Jumaat. Syeikh Raed Solah telah diberi penghormatan untuk mengimamkan solat Jumaat pada hari ini.

Selepas solat Jumaat Syeikh Raed serta rombongan berkesempatan bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Masjid Putrajaya.

Pada jam 4:15 petang, Syeikh Raed bertemu dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad di bangunan Yayasan Al-Bukhari, Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan ringkas bersama Tun, Syeikh Raed Solah sempat bertukar-tukar pandangan bersama pimpinan Malaysia itu yang masih dikaguminya kerana lantang bersuara membidas kekejaman rejim Isreal.

Syeikh Raed dalam setiap pertemuannya sama ada bersama rakyat Malaysia di masjid-masjid atau tempat awam maupun bersama pemimpin sentiasa berdoa agar kita semua dapat bertemu dan bersembahyang di Masjid Al-Aqsa.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

Komen oleh Muhammad Nur Arif [laman web] | 23 November 2012

Alhamdulillah....kiranya begitu bagus juga demi kepentingan sesama umat.
Walaupun Malaysia tidak dapat menyumbang berjuta dolar sekali pun tapi apa yang di lakukan ini pun bagi saya dah memadai, kalau lebih banyak lagi bagus.....wallahu A'lam.
Komen oleh Firdaus | 22 September 2012

Kerajaan Malaysia haruslah menubuhkan sebuah Pasukan untuk menentangi Tentera Israel. Ini adalah bertujuan bagi mengurangkan pembunuhan ala - malam Jumaat yang dilakukan oleh pihak mereka.

Pada pendapat saya, jika saya diizinkan memberi sepatah dua kata, Pasukan ini akan menjadi suatu Symbol yang mewakili ; Perang Ekonomi terhadap Israelites.

Saya sedar akan ketidakadilan yang saya lalui dan saya akur, bahawa yang perlu diseksa dan dihelahkan adalah tuhan segala syaitan.Bukanlah negara saya sendiri,mahupun anggota2 dan pihak2 berkuasa disini.

Dengan lafaz Bismillah, saya hendak berkongsi dengan pihak tuan, niat hamba untuk tubuhkan Unit Keamanan Malaysia ; 501






Mohamed

Sila Berikan Komen Anda:

 
 (tidak wajib)


arkib  |   kongsi  |   kongsi  |