berita penuh


Misi ke 9: Ketuai Miles of Smiles

Walaupun umur Aman Palestin masih lagi muda berbanding usaha-usaha yang besar yang perlu dilakukan, namun Aman Palestin telah pun mendapat pengiktirafan dari pihak antarabangsa untuk mengetuai delegasi dari negara Malaysia dalam misi Miles of Smiles.

Diketuai sendiri oleh Abdullah Zaik Abdul Rahman, selaku Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, satu-satunya Pengerusi NGO Malaysia dijemput khas oleh sekretariat Miles of Smiles, sebuah badan antarabangsa, untuk mewakili negara Malaysia; adapun NGO lain hanya diwakili oleh aktivis dan sukarelawan sahaja.

Miles of Smiles disertai oleh lebih daripada 110 NGO seluruh dunia termasuklah Jordan, Algeria, Lebanon, Iraq, Mauritania, Tunisia, Libya, South Africa, Malaysia, Singapore, Perancis, UK, New Zealand, Turki di bawah satu slogan "Miles of Smiles" untuk kali ke-13.

Miles of Smiles mensasarkan perhimpunan terbesar dari seluruh dunia, dimana semua ketua-ketua NGO, aktivis dan sukarelawan berkumpul di Gaza bagi menyatakan sokongan padu mereka ke atas usaha-usaha yang dilakukan bagi memerdekakan bumi Palestin dan membebaskan Masjid Aqsa dari cengkaman Yahudi.

Delegasi tersebut membawa masuk 10 tan ubat-ubatan dan alatan hospital.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

Komen oleh Puan Ami | 19 Februari 2013

Alhamdulillah...
Timbalan presiden Iqram diangkat menjadi duta kehormatan palestine untuk malaysia..
Komen oleh Abu Fateh | 11 Februari 2013

TERJEMAHAN Arab > Melayu;
[Rujuk text asal dlm Arab jika ada keraguan]


Kepada Saudara Dr. Ahmad Parid,
Presiden IKRAM,
Malaysia

Assalamu'alaikum Warahmatullah,

Setelah merasa tenang mendengar perkhabaran tentang dirimu [Dr Parid] sukalah kami untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesungguhan kamu yang sangat hebat untuk membantu rakyat palestin dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan rakyat palestin. Dan jasa kesungguhan kamu yang terkini adalah apabila sampainya rombongan kamu yang diketuai oleh Dr Musa Mohd Nordin di bawah naungan Misi ‘Miles of Smiles’ kali ke 13. Di dalamnya ada rombongan dari badan VIVA PALESTIN dan AQSA SYARIF. Sesungguhnya rombongan tersebut benar-benar telah membuatkan rakyat Palestin dan anak-anaknya merasa gembira dengan bantuan yang diberi di samping sokongan menghadapi kekejaman penjajahan Zionis.

Kami telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri kami Ustaz Ismail Hanieh telah menziarahi rombongan kamu dan berhasrat untuk menyampaikan plak cenderamata kepada ketua rombongan. Tiba-tiba seorang dari kalangan anggota rombongan yang Aman Palestin telah tampil ke depan untuk menerima plak cenderamata tersebut yang mana sepatutnya plak tersebut diterima oleh ketua rombongan, Dr Musa Mohd Nordin. Ketua rombongan telah menunjukkan satu adab yang baik apabila ia tidak bertolak-tolak untuk meminta cenderamata tersebut.

Oleh kerana kejadian demikian telah berlaku, kami bagi pihak Pejabat Speaker Parlimen palestin dan bagi pihak rakyat palestin, ingin mengucapkan kemaafan di atas kejadian yang berlaku kepada kamu sebagai Presiden IKRAM dan Dr Musa Mohd Nordin bagi pihak VIVA Palestin. Sesungguhnya kami sangat menghargai usaha kamu yang bersungguh membantu dan menyokong rakyat Palestin.

Kami sentiasa memanjatkan doa untuk keselamatan kamu.

Saudara kamu
Dr Ahmad Bahar
Ketua Majlis Perundangan
Ghazzah, Palestin


Terlemahan Arab > English
http://www.facebook.com/notes/viva-­palestina-malaysia/letter-from-palestine-leg­islative-council-lampiran-e/1015092231318277­6­
Komen oleh Eqwan | 14 Jun 2012

Sebagai menjawab kekeliruan dan kesalahfahaman yang timbul di sekitar program Konvoi Kemanusiaan oleh Miles of Smiles, sebuah badan kemanusiaan Palestin dari Eropah dalam misi ke Gaza baru-baru ini :

1. Penyertaan NGO-NGO dari seluruh dunia ke misi Miles of Smiles (MOS) adalah atas jemputan rasmi, dengan dikenakan yuran penyertaan USD500 seorang dan saham bagi setiap satu NGO peserta sekurang-kurangnya USD3,000 hingga USD5,000 untuk projek yang dibawa secara rasmi oleh pihak penganjur iaitu MOS sendiri.

2. Konvoi kali yang ke-13 ini bertemakan kepimpinan, dengan slogan “The Leadership Convoy… Promise of Victory”. Jadi, NGO-NGO peserta diminta menghantar jawatan-jawatan tertinggi sebagai wakil ke konvoi.

3. Pelantikan sebagai ketua delegasi Malaysia adalah rasmi melalui Abu Yusuf, Ketua Konvoi Miles Of Smiles walaupun beberapa kali ditolak oleh wakil Aman Palestin.

4. Jumlah kira-kira hampir RM1juta yang dibawa bersama oleh pihak Aqsa Syarif dan VivaPalestina adalah projek khusus mereka yang tidak mempunyai kaitan dgn misi konvoi Miles of Smiles.

5. Wakil yang terlibat mewakili Aqsa Syarif adalah para sukarelawan termasuk ahli Lembaga Pemegang Amanah dan bukan jawatan tertinggi. Walaupun jumlah mereka ramai, berkemungkinan ini menjadi faktor pihak pimpinan penganjur tidak melantik mereka mengetuai delegasi negara.

6. Viva Palestina Malaysia adalah sebuah NGO antarabangsa yang mempunyai wakil di Malaysia, berbeza dengan Aman Palestin yang merupakan NGO berasal dari Malaysia. VPM diwakili oleh Dato' Dr Musa Nordin yang merupakan pemegang jawatan tertinggi VPM.

7. Dalam sesi bersama dengan PM Palestin Isma'il Haniya, Ust Syarifudin selaku ketua delegasi negara yang dilantik rasmi oleh pihak penganjur iaitu MOS telah dijadualkan berucap mewakili delegasi Malaysia, tetapi dihalang oleh wakil-wakil Aqsa Syarif dan Viva Palestina Malaysia.

8. Kami merasakan bahawa tiada isu pihak Aman Palestin mengambil kesempatan di atas usaha oleh pihak Aqsa Syarif dan Viva Palestina Malaysia. Semua pihak seharusnya memberikan fokus kepada program Miles Of Smiles di dalam isu yang ditimbulkan ini, bukan program khas NGO masing-masing yang sememangnya masing-masing NGO mendapat kredit mengikut projek mereka masing-masing tanpa dizalimi.

Allahu a'lam.

Ust Salman Abdul Rahman
Eksekutif Aman Palestin Bhd.
Komen oleh Nur | 14 Jun 2012

Salam, daripada maklumat yang saya terima daripada sumber yang boleh dipercayai, Aman Palestin memang telah dipilih mewakili Malaysia melalui CEO Aman Palestin cawangan Gaza, cuma saya kurang jelas bentuk perwakilan yang disertai oleh NGO Malaysia yang lain. Saya minta perkara ini tidak dijadikan satu isu yang besar memandangkan yang lebih mengetahui adalah mereka yang terlibat di peringkat pengurusan Program Miles on Smile itu sendiri. Jemputan yang diterima daripada penganjur adalah secara umum (mewakili M'sia), namun Aman Palestin memang telah di minta secara khusus sebagaimana yang dinyatakan di atas. Wallahu 'alam.
Komen oleh Muaz Ruslan | 14 Jun 2012

ADakah ini sesuatu yang ethical untuk mengeluarkan statement totally mislead public dan mengambil nama atas apa yang diusahakan oleh sahabat-sahabat yang lain di Malaysia
Komen oleh Khairul Anam Bin Mansor | 14 Jun 2012

Joint Statement from Viva Palestina Malaysia and Aqsa Syarif

On 8th and 10th June 2012, 11 volunteers from Viva Palestina Malaysia (VPM) and Aqsa Syarif departed to Cairo en-route to Egypt’s Rafah land crossing into Gaza. The team is part of the European-based ‘Miles of Smiles’ 13 (MoS 13) convoy named “The Leadership Convoy…Promise of Victory”. The daily discussions via email and telephone calls between VPM and MoS led by Dr Essam Mustafa that started May 2012 finally bore fruit when the MoS 13 convoy safely arrived Gaza on June 10th 2012. Amongst the countries that were part of the MoS 13 convoy were volunteers and activists from the United Kingdom, Belgium, France, Singapore, Malaysia, South Africa, Libya, Algeria, Mauritania, Turkey, Morocco, New Zealand and many more.

The 5-day program proposed by MoS and attended by VPM and Aqsa Syarif included a meeting with Prime Minister Ismail Haniyeh and attending the “Save Palestine Forum”, where needs assessment were presented by officials from various ministries, followed by a most beneficial Q&A session.

VPM and Aqsa Syarif have also planned to visit and get first-hand updates of their projects in Gaza, apart from delivering close to RM1 million aid to the besieged people of Gaza.

We were however shocked to learn that two (2) representatives from Aman Palestin had recently claimed in the social media that they were the official leaders of the Malaysian delegation. Many members of the international convoy, leaders of local charity organizations and Gazan Member of Parliaments (MPs) were baffled and obviously upset at these unfounded claims. This considering VPM and Aqsa Syarif made up the bulk, i.e. 11 out of the 13 Malaysian contingent and they were the ones toiling day and night transferring about RM1million worth of aid to Gaza in this mission.

An MP, Dr Muhammad Shehab, whom VPM and Aqsa Syarif hosted his recent visit to Malaysia early this year and who is fully cognizant of all the aid from Malaysia entering Gaza, insisted that the legislative council be informed of this anomaly and rectify it appropriately and urgently. The legislative council of Gaza in their sitting in Parliament June 12th 2012 immediately appointed a committee to investigate this matter.
VPM and Aqsa Syarif is very determined and focused in their mission to deliver its RM1million worth of aid to the besieged people of Gaza in MoS13. We are not and will not be deterred by the actions of unscrupulous individuals from other Malaysian NGOs who do not appear to have reservations about claiming credit for the untiring efforts and hard work put in by other NGOs.

The truth will always prevail and come forth. Allah says in Surah Ar-Radd verse 17,
“… thus does Allah compare truth and falsehood; then as for the scum, it passes away as a worthless thing; and as far for that which profits the people, it tarries in the earth; thus does Allah set forth parables.”
QS 13:17

Dato’ Dr Musa Mohd Nordin
Chairman VPM

Dr. Hafidzi Mohd Noor
Chairman Board of Trustee Aqsa Syarif
Komen oleh Muhammad | 14 Jun 2012

Salam admin,

Berita ni nampak bercanggah dengan joint statement dari VPM & AS. Boleh clarify? :)

https://www.facebook.com/notes/viva-pale­stina-malaysia/joint-statement-from-viva-pales­tina-malaysia-and-aqsa-syarif/1015090019979277­6­

Sila Berikan Komen Anda:

 
 (tidak wajib)


 |    |    |