berita penuh


Ikon Tabung Palestin Turun Padang

Putrajaya - Personaliti TV dan juga Ikon Tabung Palestin, Aman Palestin Berhad, Farah Adeeba Mohamed Ashraf, hari ini turun padang bersama sukarelawan Aman Palestin di tapak gerai Aman Palestin pada program Sejuta Belia yang diadakan di Putrajaya.

Disamping melawat gerai Aman Palestin serta mengedarkan pamplet, Farah juga berkesempatan bercakap isu Palestin dan dalam masa yang sama menerangkan beberapa projek penting yang sedang dijalankan antaranya 5 untuk Palestin dan auto-debit yang boleh memberikan kesan yang besar bukan sahaja kepada rakyat Palestin bahkan kepada masyarakat setempat yang akan mendapat kebaikan selain memudahkan para penyumbang.

Peluang yang telah diberikan oleh pihak penganjur selama sejam telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh beliau selain sesi fotografi bersama peminat-peminat setia Farah sendiri.


- lihat semua gambar yang berkaitan di sini -

Masih belum ada komen untuk berita ini.

Sila Berikan Komen Anda:

 
 (tidak wajib)


arkib  |   kongsi  |   kongsi  |