|
Serangan Tentera Lubnan Ke Atas Kem Pelarian Nahr Al-Bared
Kem Pelarian Nahr al-Bared merupakan kem pelarian Palestin kedua terbesar di Lubnan terletak 16km dari Bandar Tripoli. Keluasan kem ini ialah 198,130 meter persegi. Kem tersebut dibina pada tahun 1949 dan didiami pada awalnya oleh 6,000 orang pelarian Palestin sehinggalah penduduknya bertambah antara 35,000 hingga 40,000 orang pada masa sekarang.
![]() Dari segi kehidupan penghuni kem ini, mereka menghadapi kesusahan dan kesempitan hidup seperti penduduk-penduduk di kem-kem pelarian yang lain. Kesusahan dan kesempitan hidup pelarian terus bertambah apatah lagi sekatan yang dibuat oleh kerajaan Lubnan terhadap hak pelarian Palestin mendapatkan pekerjaan, keadaan ekonomi yang terus merudum mengakibatkan penggangguran semakin bertambah, tindakan kerajaan Lubnan menegah pelarian memiliki hartanah di luar kem pelarian dan pada masa yang sama menegah pelarian meluaskan kawasan kem mereka. Dengan bertambahnya penduduk setiap tahun, kem ini menjadi bertambah padat. Rumah-rumah dibina bertingkat-tingkat meninggi dengan binaan asas yang tidak kuat serta saluran air dan elektrik yang tidak teratur. ![]() Pada masa yang sama pihak media, ambulan, bantuan kesihatan, dan makanan ditegah masuk ke kem tersebut. Satu rombongan bantuan dari UNRWA yang membawa roti dan air telah dibom menyebabkan tiga orang mati dan tujuh yang lain cedera. Keadaan ini mengakibatkan suasana semakin tidak menentu dan banyak perkara menjadi tandatanya. Maklumat-maklumat hanya didapati melalui perbualan handphone yang susah untuk memastikan tahap kebenarannya. Namun, setakat ini jumlah kerugian dianggarkan seperti berikut:
Keadaan dalam Kem Nahr al-Bared amat mengharukan. Terdapat mereka yang terbunuh di kalangan orang awam dikebumikan di tempat kejadian dan ramai yang tidak dapat dikesan dan dikeluarkan dari bangunan yang musnah. Beberapa gambar dari kem yang diambil menunjukkan kemusnahan bangunan-bangunan, masjid-masjid dan pusat-pusat kesihatan yang amat teruk. Terdapat gambar yang menunjukkan kanak-kanak dan wanita dalam khemah-khemah dan gambar kanak-kanak dan wanita yang terkorban. ![]() Keadaan bertambah buruk apabila ambulan dan bantuan makanan disekat. Bekalan ubat-ubatan pula tidak mencukupi dengan bertambahnya jumlah yang tercedera dari kalangan orang awam, kanak-kanak dan wanita. Keadaan hospital yang sempit tidak dapat menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah apatah lagi menerima kes-kes kecemasan. Seruan bantuan sentiasa diterima melalui individu-individu dan pembesar suara dari masjid-masjid dalam kem meminta dihentikan serangan untuk menyelamatkan mangsa serangan yang terdiri dari orang awam dan meminta bantuan kecemasan. Setelah berlaku genjatan senjata kedua pada hari Selasa, 22 Mei 2007, beribu-ribu pelarian di Kem Nahr al-Bared berpindah ke Kem Pelarian al-Badawy, kawasan al-Maniah dan Akar. Dianggarkan seramai 15,000 pelarian Nahr al-Bared telah berpindah ke situ, menyebabkan seolah-olah wujudnya dua kem pelarian di kem tersebut. Pelarian yang berpindah ke Kem al-Badawy ditempatkan di beberapa tempat dalam kem tersebut termasuk di rumah-rumah saudara-mara mereka, sekolah UNRWA, Pusat Sukan, dewan orang ramai dan seumpamanya. Beberapa pihak telah menghulurkan bantuan sama ada dari UNRWA, persatuan-persatuan kemanusiaan, individu dermawan dan lain-lain. Pelarian yang berpindah memerlukan beberapa bantuan segera, antaranya:
Meskipun ramai pelarian Kem Nahr al-Bared berpindah mencari tempat yang selamat, namun masih ramai yang belum berpindah iaitu dianggarkan lebih dari 15,000 orang walaupun mereka tahu nyawa mereka, anak-anak dan isteri mereka serta rumah mereka berada dalam bahaya. Kebanyakan mereka tidak dapat berpindah disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:
Dengan sebab-sebab yang tertera di atas, ramai pelarian masih kekal dalam Kem Nahr al-Bared walaupun nyawa mereka dan keluarga mereka terancam apatah lagi jika pihak ketenteraan Lubnan terus melancarkan serangan sudah pasti orang-orang awam akan menerima akibatnya. Laporan dari: YAYASAN HAK ASASI MANUSIA PALESTIN (SYAHID), Beirut, 25 & 26 Mei 2007 sebagaimana yang telah difakskan kepada AMAN PALESTIN. |